- Lain-lain
CICPE Platform Terbuka dan Peluang bagi Seluruh Dunia

Ekspo Produk Pengguna Antarabangsa China (CICPE) keenam berakhir di Hainan pada Sabtu.
Sebagai ekspo peringkat tinggi yang pertama pada tahun permulaan pelaksanaanRancangan LimaTahun (FYP)ke-15(2026-2030), yang juga pameran pertama di Hainan selepas pelaksanaan operasikastamkhas seluruh pulau diPelabuhanPerdagangan Bebas (FTP)Hainan, CICPE kali ini mencipta beberapa rekod baharu, antaranya jumlah barang pameran dari luar negara menduduki 65 peratus, meningkat 20 peratus berbanding edisi tahun lalu; sebanyak 277 barangan baharu membuat debut, merupakan dua kali ganda daripada tahun sebelumnya; dan ekspo kali ini secara julung kali menetapan 'zon inkubator' bagi jenama runcit pelancongan dan pusat perkhidmatan pembeli.
Polisi cukai yang dilaksanakan di pelabuhan perdagangan bebas tersebut membolehkan banyak produk antarabangsa dibawa masuk dengan kelulusan kastam yang cepat sebelum dipamerkan di ekspo berkenaan. Barang-barang yang dipamerkan laris dijual, menjadikan CICPE platform terbuka dan penuh dengan peluang.
Bagi syarikat asing, pasaran besar di China, rangkaian industri yang lengkap, persaingan pasaran yang bebas serta senario penggunaan di barisan hadapan menjadikan negara ini "medan ujian terbaik" bagi syarikat dari seluruh dunia.

Pada 15 April lalu, Pameran Import dan Eksport China ke-139 (Canton Fair) membuka tirai di Guangzhou. Pameran yang diadakan satu demi satu menyaksikan pintu China dibuka semakin besar. Sebagai peserta penting dalam pembinaan modenisasi ala China, syarikat asing akan bersama negara ini untuk mencipta masa depan yang lebih cemerlang.




