- Lain-lain
China Maju dan Inovatif, Penstabil Landskap Keamanan Dunia - Media Pakistan

Baru-baru ini, Pengerusi Pusat Pengetahuan dan Dasar Awam Pakistan, Mehmood-ul-Hassan Khan melalui satu artikelnya dalam akhbar The Pakistan Observer menunjukkan bahawa di sebalik situasi dunia yang berada dalam kebuntuan di mana landskap keamanan tidak menentu susulan pergolakan yang berterusan, China sedang berkembang menjadi kuasa penstabil, disokong oleh kehebatannya dalam kesalinghubungan kewangan, kemajuan teknologi dan kekuatan perindustrian. "China wujud sebagai penstabil landskap keselamatan global" bukanlah sesuatu yang bersifat teori, tetapi realiti yang ketara.
Artikel itu menyatakan bahawa China berperanan sebabgai peneraju dalam memacu pembentukan kerangka baharu ekonomi di peringkat global. Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) yang menekankan pembangunan bersama yang bertunjangkan pelabuhan moden dan koridor logistik, dilihat sebagai satu pendekatan yang boleh dipercayai pelbagai negara untuk meningkatkan kesalinghubungan.
Serentak itu, sistem pembayaran rentas sempadan dengan mata wang Renminbi yang berkembang pesat, mencerminkan penyusunan semula struktur kewangan dalam senario global, dan peralihan kebergantungan secara beransur-ansur dari satu sistem tunggal kepada kerangka yang multipolar.
Yang juga ditekankan dalam artikel itu bahawa teknologi tenaga suria, angin dan bateri China sudah merupakan alternatif yang mudah dapat dan makin penting sepanjang proses transformasi penggunaan tenaga di peringkat global.
Artikel itu menambah lagi bahawa ekosistem perindustrian China yang bersepadu menunjukkan daya tahan yang kuat. Pelaburan berterusan konglomerat asing di China boleh diterjemahkan sebagai peningkatan keyakinan pasaran antarabangsa terhadap kapasiti pengeluaran dan kestabilan ekonomi China.
- Pemahaman Prestasi Tadbir Urus Ala China Disahut Baik
- Pemahaman Prestasi Tadbir Urus Ala China: Cetusan Idea Baharu kepada Tadbir Urus Global
- Persidangan Peringkat Tinggi ke-3 Forum Tindakan Global untuk Pembangunan Bersama Berlangsung di Beijing
- Keprihatinan Negara Membangun Diseru Ditimbangkan dalam Pembaharuan PBB
- China Seru Perbaiki Tadbir Urus dalam Bidang Hak Asasi Manusia Global
- China Atasi AS dalam Penarafan Kelulusan Kepimpinan Global: Gallup
- China Alu-alu Lebih Banyak Negara Sertai GFGG
- China Komited Tambah Baik Tadbir Urus Global, Dorong Kemajuan Hak Asasi Manusia
- Bersama Pastikan Perkembangan Sejarah Manusia Berada di Landasan yang Betul
- Kumpulan Rakan Komited Bersinergi Gerakkan Inisiatif UN80




