Taiwan Bukan Negara, Maka Istilah "Maruah Negara" Tidak Wujud

(CRI)Selasa 11 Ogos 2026

Hanya terdapat satu China sahaja di dunia ini, dan Taiwan adalah sebahagian daripada wilayah China yang tidak boleh dipisahkan.

Demikian tegas jurucakap Kedutaan Besar China ke Jepun pada Isnin, ketika menyentuh tentang "Wakil Tetap Taiwan ke Jepun".

Dimaklumkan, Wakil Tetap Taiwan ke Jepun baru-baru ini mendakwa bahawa "maruah negara" dan statusnya telah diremehkan, dan pihaknya telah mengemukakan "bantahan keras".

Sehubungan ini, jurucakap tersebut berkata, Taiwan bukanlah negara, jadi istilah 'maruah negara' tidak wujud.

Jurucakap itu juga menegaskan bahawa Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) merujuk Taiwan sebagai "Provinsi Taiwan, China".

Video

Berita Berkaitan