Tindakan Kerajaan Jepun Perkuat Perisikan dan Ketenteraan Undang Kritikan Kumpulan Sivik

(CRI)Selasa 11 Ogos 2026

Tindakan kabinet Sanae Takaichi yang mewujudkan 'Sistem Perisikan Negara' dan membangunkan dasar 'Penenteraan Semula' mengundang kritikan pedas beberapa kumpulan sivik Jepun.

Mereka berpendapat, ini merupakan pengulangan jalan sejarah salah Jepun sejak 1930-an, dan memberi amaran bahawa 'keamanan tidak boleh dibina dengan kekerasan, perluasan persenjataan hanya akan membuat rakyat semakin letih'.

Tanaka Sumie, seorang anggota kumpulan Hasegawa Teru dari Nara mengecam keras reformasi sistem perisikan negara, sambil menekankan bahawa kabinet Sanae menyalahgunakan maklumat sesuka hati dan menyembunyikan kebenaran daripada rakyat.

"Ini seperti mainan taktik lama yang pernah digunakan untuk memulakan peperangan" katanya.

Sementara itu seorang ahli kumpuan sivik, Tansyo Kiyoko menyatakan bahawa, masalah kerajaan yang menekankan ketenteraan namun mengabaikan kesejahteraan rakyat ialah kerana kekurangan refleksi terhadap sejarah peperangan.

Video

Berita Berkaitan