- Lain-lain
Sekretariat Forum Kepulauan Pasifik Didesak Patuhi Prinsip Satu China
Wakil Taiwan dilapor akan menghadiri Mesyuarat Pemimpin Forum Kepulauan Pasifik yang dijadual berlangsung di Palau dari 30 Ogos hingga 4 September depan, menurut sumber pegawai forum tersebut.
Bagaimanapun, pihak Taiwan pernah dilarang untuk menyertai mesyuarat anjuran Kepulauan Solomon pada tahun lalu, ekoran mendapat bantahan dari China.
Mengulas mengenai perkara itu, jurucakap Kementerian Luar, Guo Jiakun berkata pendirian China adalah jelas dan konsisten bahawa penyertaan wilayah Taiwan dalam sebarang aktiviti pertubuhan antarabangsa mestilah dikendalikan mengikut prinsip Satu China.
Ia juga merupakan norma asas hubungan antarabangsa yang disahkan menerusi Resolusi 2758 Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan konsensus umum masyarakat antarabangsa.
Sehubungan itu, China mendesak Sekretariat Forum Kepulauan Pasifik supaya mematuhi prinsip Satu China, mengendalikan isu Taiwan sewajarnya dan mengelak daripada menjejaskan hubungan sihat dan stabil antara China dengan forum tersebut.
- China Puji Korea Selatan Tegaskan Pendirian Satu China
- Merdeka Dibantu Kuasa Asing atau Guna Kekuatan, Hanyalah Ilusi
- AS Perlu Berhati-hati Mengendalikan Hal Taiwan
- Kenyataan China Berhubung Penolakan WHA ke-79 Terhadap Usul Berkaitan Taiwan
- Cubaan Lai Takkan Ubah Fakta Taiwan Sebahagian Wilayah China - MFA
- China Putuskan Tolak Penyertaan Taiwan dalam WHA
- Pandangan Satu Pihak AS Takkan Goyangkan Prinsip "Satu China"
- Menteri Luar China Tegaskan Pemeliharaan Orde Antarabangsa Pasca Perang, Penyatuan Semula China
- Britain Digesa Berhati-hati dalam Isu Taiwan
- G7 Diseru Junjung Prinsip Satu China




