- Lain-lain
China Kejar Kemajuan Praktikal Tadbir Urus Global AI
China pada masa ini pemilik paten AI terbesar dunia, dengan lebih 600 juta pengguna AI generatif dan industri teras melebihi satu trilion yuan.
Teknologi AI telah diintegrasikan dalam pelbagai sektor ekonomi negara seperti pembuatan dan kesihatan. Melihat kepada perkembangan ini, China sedang mempercepat pembentukan sebuah rangka kerja perundangan, dasar dan etika yang sesuai dengan trend pembangunan AI. Ini bukan sahaja untuk membina asas kukuh untuk pemodenan ala China tetapi juga menyumbangkan pengalaman negara kepada tadbir urus teknologi global.
Di peringkat konsep, China menentang perbuatan beberapa negara menggunakan AI sebagai “alat strategik” kerana teknologi tersebut sepatutnya menjadi “barangan awam” yang manfaatnya dinikmati seluruh umat manusia. Pada masa ini, China antara yang paling aktif dan pantas membekalkan model AI besar berbentuk sumber terbuka. Keseluruhan muat turut model AI sumber terbuka China di dunia telah melebihi 10 bilion, manakala komuniti seperti AtomGit merekodkan lebih 11 juta pengguna berdaftar.
Melalui dokumen seperti Inisiatif Tadbir Urus AI Global dan Rangka Kerja Tadbir Urus Keselamatan AI, China giat menggalakkan kewujudan sebuah ekosistem antarabangsa yang terbuka dan bersifat kerjasama. Saranan Presiden Xi Jinping untuk bersama-sama membina sebuah sistem tadbir urus AI global yang adil dan munasabah jelas mencerminkan falsafah tadbir urus yang berpaksikan manusia dan menyasarkan kebaikan.
Serentak dengan itu, China sedang berusaha untuk menjadikan idea tersebut tindakan praktikal yang menguntungkan Selatan Global. Memandangkan kira-kira sepertiga populasi dunia masih kekurangan akses Internet dan sumber komputeran sangat tertumpu di negara maju, China mengumumkan rancangan untuk membekalkan 5,000 slot latihan AI untuk negara membangun dalam lima tahun akan datang, di samping menubuhkan enam pusat kerjasama aplikasi AI antarabangsa menyasarkan ASEAN, Kesatuan Afrika dan Pertubuhan Kerjasama Shanghai (SCO).
Menyentuh sistem amaran cuaca pintar MAZU, China sedang menggalakkan penggunaannya di 30 negara, yang akan membantu meningkatkan kemampuan negara-negara berkenaan bertindak balas kepada perubahan iklim, sekali gus merealisasikan pembangunan melalui perkongsian teknologi dan pembinaan keupayaan.
Sudah menjadi komitmen China untuk membolehkan teknologi AI merentas sempadan, menjadikan sumber ini barangan awam antarabangsa yang membawa kepada kemakmuran bersama dan bukannya halangan baharu yang melebarkan lagi jurang pembangunan.
- China Atasi AS, Julung Kali Duduki Tangga Pertama Perbelanjaan R&D Global
- China Seru Rapatkan Jurang AI di Pentas PBB
- Chengdu Bangunkan Ekosistem Robot Komprehensif
- 29 Negara Tandatangani Perjanjian Penubuhan WAICO
- China Keluarkan Piawaian Antarabangsa Bagi Kes Penggunaan Pembuatan Pintar
- Robot, AI dan Ubat Inovatif China Menyerlah di Pasaran Global
- Mesyuarat APEC di Chengdu Promosikan Pembangunan, Kerjasama AI
- Buku Biru Internet Pintar 2026 Diterbitkan di Beijing
- China Penyumbang Utama Ekosistem Sumber Terbuka AI Global
- China, Malaysia, Teroka Peluang Baharu Kerjasama Ekonomi, Dagang Dipacu AI
- China Seru Tadbir Urus terhadap Teknologi Baharu bagi Mengelak dari Disalahguna Pengganas
- China Seru Semua Pihak Manfaatkan Potensi AI untuk Galakkan Pembangunan Mesra OKU
- Xi Bakal Hadir Perasmian WAIC 2026
- Xi Bakal Bentangkan Pendirian China tentang Pembangunan dan Tadbir Urus AI
- Xi Berucap Rasmikan WAIC 2026
- Xi dan Isteri Anjur Jamuan Rai Tetamu Kehormat WAIC
- China Perkasa Sokongan dalam Pembangunan AI di Peringkat Global - Xi
- Mesyuarat Menteri-Menteri Digital dan AI APEC Luluskan "Kenyataan Chengdu"
- Model AI Sumber Terbuka Salurkan Keselamatan dan Keupayaan Inovasi kepada Dunia
- Seminar Antarabangsa Anti-keganasan 2026 di Xinjiang Bertujuan Martabatkan Penguatkuasaan, Jana Impak Sosial




