Konflik Tiga Tahun di Gaza Ragut Lebih 74 Ribu Nyawa, Kerugian Lebih USD80 Bilion

(CRI)Khamis 08 Oktober 2026

Semenanjung Gaza menjadi saksi kepada lebih 74,000 kematian akibat konflik kekerasan antara Palestin dan Israel yang tercetus sejak 7 Oktober 2023.

Menerusi kenyataan yang dikeluarkan pejabat media kerajaan di Semenanjung Gaza pada Rabu, lebih 55 peratus daripada jumlah mangsa yang maut terdiri daripada kanak-kanak, wanita dan warga emas.

Selain itu, kemusnahan infrastruktur akibat serangan juga mencatatkan jumlah yang besar dengan anggaran awal keseluruhan kerugian ekonomi secara langsung mencecah lebih USD80 bilion.

Video

Berita Berkaitan