- Lain-lain
COP31 Buka Tirai Secara Rasmi di Turkiye

Sesi ke-31 Persidangan Pihak-Pihak (COP31) Konvensyen Rangka Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Perubahan Iklim (UNFCCC), membuka tirai secara rasmi di Antalya, Turkiye pada Isnin.
Tahun 2026 menandakan permulaan dekad baharu pelaksanaan Perjanjian Paris dengan tumpuan kepada rundingan dan perbincangan mengenai sasaran pengurangan pelepasan karbon serta pelaksanaannya, selain pembiayaan iklim, penyesuaian dan daya tahan terhadap perubahan iklim.

Persidangan berkenaan turut bertujuan menggalakkan pelaksanaan pusingan baharu bagi Sumbangan yang Ditentukan di Peringkat Kebangsaan (NDC), menambah baik syarat akses negara membangun kepada dana iklim, serta meningkatkan keupayaan negarayang terdedah kepada risiko dalam menghadapi bencana akibat perubahan iklim.
Sepanjang COP31 berlangsung, China akan mengambil bahagian secara aktif dalam semua agenda rasmi, selain menganjurkan lebih 40 program sampingan bertema dan aktiviti khas.

Ini merangkumi aspek tamadun ekologi, pasaran dan pembiayaan, kerjasama Selatan-Selatan serta tenaga baharu bagi mengetengahkan pelbagai dasar, tindakan dan pencapaian China dalam menangani perubahan iklim.
- China Sumbang Peranan Besar Jayakan Sidang Kemuncak COP17 di Armenia
- COP17 Buka Tirai secara Rasmi di Yerevan
- China Pamer Hasil Inisiatif Tangani Penggurunan di Persidangan PBB
- COP30: China Pamer Penerapan Teknologi AI dalam Tangani Isu Perubahan Iklim
- China Sokong Segala Usaha bagi Lakar Pencapaian dalam COP30
- Mesyuarat "Penyelesaian China bagi Hadapi Perubahan Iklim" Berlangsung sempena COP30 di Brazil
- Mesyuarat Sampingan 'Pavilion China' Dilancar Sempena COP30
- COP30 Dibuka Secara Rasmi di Brazil
- Ding Xuexiang Dijadual Lawat Uruguay dan Brazil, Hadiri COP30




