UNHCR: Empat Juta Penduduk Sudan Hilang Tempat Tinggal

(CRI)Rabu 09 Ogos 2023

Lebih empat juta penduduk Sudan kehilangan tempat tinggal sejak konflik tercetus di negara itu, menurut Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR).

Antaranya hampir 700,000 orang melarikan diri ke negara jiran, sementara 195,000 penduduk Sudan Selatan yang mencari perlindungan di Sudan terpaksa pulang ke negara asal.

Jurucakap UNHCR, William Spindler berkata pihaknya amat bimbang terhadap keadaan sanitari yang semakin buruk di Sudan termasuk kem pelarian, pintu sempadan serta pusat transit di negara jiran.

Video

Berita Berkaitan