Negara Asia Barat Bincang Isu Palestin-Israel

(CRI)Jumaat 13 Oktober 2023

Perdana Menteri Iraq Mohammed Shia al-Sudani bertemu dengan Menteri Luar Iran Hossein Amir Abdollahian yang dalam rangka lawatan ke Iraq di Baghdad pada Khamis.

Mohammed Shia al-Sudani menegaskan mustahaknya untuk memastikan hak sah rakyat Palestin. Beliau berkata komuniti antarabangsa harus mengambil tindakan untuk membantu rakyat Palestin keluar daripada penderitaan itu.

Abdollahian menyatakan bahawa Iraq memainkan peranan penting dalam menyelesaikan isu Palestin-Israel.

Pada hari yang sama, Kementerian Luar Turkiye dalam kenyataan berkata Menteri Luar Hakan Fidan akan mengunjungi Mesir dari 13 hingga 14 Oktober. Media tempatan mengulas bahawa kunjungan Fidan itu akan menumpukan situasi Palestin-Israel.

Video

Berita Berkaitan