Petikan Wacana Xi mengenai Modenisasi Ala China Diterbitkan Dalam Bahasa Jepun

(CRI)Isnin 30 Disember 2024

Petikan wacana Presiden China, Xi Jinping mengenai Modenisasi Ala China telah diterbitkan dalam Bahasa Jepun dan diedarkan di dalam dan luar negara.

Buku ini menghimpunkan petikan ucapan dan kenyataan penting yang disampaikan oleh Xi Jinping mengenai modenisasi ala China.

Buku yang diterbitkan dalam versi Jepun dan bahasa-bahasa lain sebelum ini seperti Bahasa Inggeris, Perancis, Rusia dan Arab bertujuan untuk membantu pembaca asing memahami dengan lebih jelas dan terperinci tentang sistem teori dan keperluan praktikal dalam modenisasi ala China.

Selain itu ia juga diharap dapat membuka mata masyarakat antarabangsa mengenai pendekataan baharu yang dilakukan Parti Komunis China (PKC) dalam menyatukan dan memimpin rakyat China serta usaha untuk mewujudkan tamadun manusia yang baharu dan moden.

Buku-buku ini juga amat penting dalam usaha membentuk masyarakat antarabangsa yang saling bekerjasama ke arah pembangunan yang harmoni, saling menguntungkan dan mencapai kemakmuran sejagat.

Video

Berita Berkaitan