- Lain-lain
Percutian Warga Korea Selatan, Jepun Berhujung Minggu di Shanghai Jadi Trend
Dua pelancong dari Korea Selatan datang ke Yuyuan Garden Mall di Shanghai timur China pada 4 Disember 2024. (Chen Haoming/Xinhua)
Lebih 100 penerbangan dari Seoul dan Tokyo ke Shanghai direkodkan pada setiap hujung minggu, selepas China melaksanakan penambahan dasar bebas visa selama 30 hari kepada 38 negara lagi, termasuk Korea Selatan dan Jepun pada November 2024.
Menurut laporan agensi berita Xinhua, sebanyak 363,000 pelancong dari kedua-dua negara itu dicatatkan tiba atau bertolak dari dua lapangan terbang antarabangsa di Shanghai untuk tempoh November ke penghujung Disember tahun lalu.
Stesen Am Pemeriksaan Imigresen Shanghai dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa angka tersebut menyaksikan peningkatan 20 peratus daripada gabungan bulan September dan Oktober.
Menikmati kesan limpahan gelombang ‘China Travel’ yang menarik perhatian sejak tahun lalu, pelbagai kawasan pemandangan di Shanghai telah menjadi tular di platform media sosial global.
Seorang pelancong dari Korea Selatan, Choi Ji-yoon berkata dia telah melihat ramai pempengaruh dan selebriti yang berkongsi mengenai Shanghai, dan tempoh penerbangan yang mengambil masa selama dua jam sahaja telah menariknya untuk ke bandar di timur China itu.
Sama seperti Choi, ramai pelancong membuat aktiviti ‘wajib’ di Shanghai seperti berjalan-jalan di Jalan Nanjing di pusat bandar Shanghai untuk menghayati suasana gabungan elemen tradisional dan moden, menerokai artifak bercirikan China seperti gangsa, pasu dan jed di Muzium Shanghai, menikmati teh atau kopi di kawasan hiburan Xintiandi, dan bersiar-siar di sekitar ‘The Bund’ sambil mengambil gambar.
Seorang lagi pelancong dari Korea Selatan, Lee Won-jun memberi pujian kepada aplikasi mudah alih China seperti Alipay dan DiDi Chuxing (aplikasi e-hailing terkemuka di China), yang disifatkannya sebagai mesra pengguna.
Haidilao, restoran hotpot rangkaian di Shangai yang menawarkan perkhidmatan khusus untuk pelancong antarabangsa itu turut menerima tempiasnya. Dengan kebanjiran pelawat dari Korea Selatan, banyak restoran Haidilao di Shanghai telah melatih pekerja mereka untuk belajar perkataan asas dalam bahasa Korea.
“Pada hujung minggu, kami menerima sekitar 1,400 pelanggan, iaitu hampir satu pertiganya daripada Korea Seatan,” ujar Hu Xiaozheng, pengurus sebuah restoran Haidilao di Shanghai, sambil menambah bahawa pihaknya turut menyediakan gunting, kiub ais dan sudu bagi menambah baik mutu perkhidmatan.
Dasar bebas visa itu juga memberikan nilai tambah buat penduduk jangka panjang di China. Haruna Inoue, pelajar dari Jepun berkata bahawa ibunya kini boleh meluangkan masa pada hujung minggu untuk melawatnya di Shanghai, dan dia merancang untuk mengajak lebih ramai rakan-rakannya dari Jepun untuk melawat Shanghai.
Profesor di Capital University of Economics and Business, Cai Hong berpendapat bahawa lonjakan pelancong dari Jepun dan Korea Selatan itu berhubung kait dengan dasar bebas visa China, serta menyatakan ketiga-tiga negara adalah jiran secara geografi, serta berkongsikan budaya yang mirip.
Tambah beliau, dengan penambahan lebih banyak penerbangan dan penambahbaikan dalam perkhidmatan dan infrastruktur, pelancongan hujung minggu China-Jepun-Korea selatan akan menjadi satu trend baharu.
Kisah Hadiah daripada Xi: Patung Akupunktur Gangsa daripada Xi Jinping
Tahun 2024 Presiden Xi: Detik-detik bersama rakyat
Demi Masa Depan Lebih Baik
Video: PM Anwar Sifatkan Kerjasama Malaysia-China Meningkat Secara Menyeluruh, Strategik
Puteri Kemboja Kongsi Gerakan Tarian Tradisional, Tanda Zahir Ucapan ‘Saya Sayang Anda’
- China Lancar 1,737 Kereta Api Pelancong Dari Januari hingga November 2024
- Pasaran Pelancongan Warga China ke Luar Negara Terus Bertumbuh Pada 2024
- Gabungan Kampung di Jinhua Bawa Durian Runtuh Dalam Industri Pelancongan
- Terusan Purba China Pacu Ledakan Ekonomi di Guangxi
- Hari Ketiga Cuti Hari Kebangsaan: Ketibaan Pengembara 280 Juta Orang Lebih
- Peningkatan Pelancong China Kondusif bagi Ekonomi Thailand
- Aktiviti Pelancongan, Kebudayaan Penuh Asyik Merancak di Serata China
- Ledakan Aktiviti Sukan Luar Beri Dimensi Baharu Sektor Pelancongan
- Perbelanjaan Pelancongan Budaya Catat Lonjakan
- 200 Juta Individu Lakukan Perjalanan Rentas Wilayah