- Lain-lain
Terbuka Malaysia Mula dengan Pemain China Bersaing Rebut Kejuaraan
![]() |
Shi Yuqi membalas pukulan semasa pusingan 32 perseorangan lelaki menentang Kenta Nishimoto dari Jepun pada Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia 2025 di Kuala Lumpur, 7 Januari 2025. (Chong Voon Chung/Xinhua) |
Pemain China tangkas beraksi pada hari pertama Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia, mara dalam beberapa kategori di Arena Axiata, Selasa.
Dalam perseorangan lelaki, jaguh dunia Shi Yuqi menundukkan Kenta Nishimoto dari Jepun dengan skor 21-16, 20-22, 21-16, sementara Lu Guangzu mengalahkan pemain Malaysia Leong Jun Hao 21-17, 16-21, 21-13.
Pasangan regu lelaki Chen Boyang dan Liu Yi menewaskan Peeratchai Sukphun and Pakkapon Teeraratsakul dari Thailand 21-11, 17-21, 21-18. Regu campur Feng Yanzhe and Huang Dongping pula mendominasi gelanggang 21-17, 21-12 dalam perlawanan dengan Gregory Mairs dan Jenny Mairs dari Britain.
Pasangan regu wanita Liu Shengshu/Tan Ning dan rakan sepasukan mereka Jia Yifan/Zhang Shuxian juga mara ke pusingan seterusnya.
Pasukan China bagaimanapun tidak dapat mengelakkan kekecewaan apabila pemain perseorangan lelaki Lei Lanxi dan regu lelaki He Jiting/Ren Xiangyu tersingkir daripada saingan.
![]() |
Shi Yuqi membalas pukulan semasa pusingan 32 perseorangan lelaki menentang Kenta Nishimoto dari Jepun pada Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia 2025 di Kuala Lumpur, 7 Januari 2025. (Chong Voon Chung/Xinhua) |
Kisah Hadiah daripada Xi: Patung Akupunktur Gangsa daripada Xi Jinping
Tahun 2024 Presiden Xi: Detik-detik bersama rakyat
Demi Masa Depan Lebih Baik
Video: PM Anwar Sifatkan Kerjasama Malaysia-China Meningkat Secara Menyeluruh, Strategik
Puteri Kemboja Kongsi Gerakan Tarian Tradisional, Tanda Zahir Ucapan ‘Saya Sayang Anda’
- China Juarai Piala Thomas Buat Kali Ke-11
- China Rangkul Juara Piala Uber 2024
- Xiong Dudu & Yu Rongrong, Maskod Piala Thomas, Piala Uber 2024
- Hangzhou Jadi Tuan Rumah Jelajah Dunia Akhir BWF 2023-2026
- China Raih Dua Pingat Emas dalam Kejohanan Badminton Terbuka Indonesia
- China Johan Piala Sudirman 2023
- Lin Dan, Lee Chong Wei Masuk Dewan Kemasyhuran BWF