TBC 2025: Selamat Datang Pelancong Asing!

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Rabu 15 Januari 2025

(foto/Kementerian Luar China)

(foto/Kementerian Luar China)

China mengalu-alukan kedatangan pelancong asing bagi bersama-sama meraikan dan menghayati Tahun Baru Cina (TBC), lapor agensi berita Xinhua memetik ucapan jurucakap Kementerian Luar, Guo Jiakun, pada Selasa.

Menurut laporan, Pejabat Am Majlis Negara China telah mengeluarkan beberapa siri langkah untuk memupuk pertumbuhan baru bagi mendorong perbelanjaan terhadap sektor pelancongan dan kebudayaan China termasuk menambah baik dasar pelancongan masuk seperti dasar bebas visa unilateral kepada lebih banyak negara.

Xinhua dipetik sebagai berkata bahawa dasar pengecualian visa China telah memberi rangsangan kepada perjalanan masuk.

Sejak awal tahun, "China Travel" terus menjadi trend, dan sejumlah besar pelancong asing menghabiskan ambang Tahun Baru 2025 mereka di China.

Beberapa agensi pelancongan menganggarkan bahawa bilangan tempahan pelancongan oleh pelancong asing untuk tempoh TBC tahun ini akan meningkat sebanyak 203 peratus tahun ke tahun berbanding 2024.

Guo berkata, berikutan langkah China yang memasukkan lebih banyak negara dalam program pengecualian visa dan menambah baik langkah pemudah cara, ia sekali gus menyaksikan peningkatan ketibaan pelancong asing.

Pada 2024, bilangan perjalanan masuk dan keluar oleh warga asing berjumlah 64.88 juta, meningkat sebanyak 82.9 peratus tahun ke tahun. Antaranya, 20.12 juta memasuki China tanpa visa, meningkat sebanyak 112.3 peratus tahun ke tahun.

Kata jurucakap itu lagi, semasa cuti Tahun Baru yang baru berakhir, ketibaan warga asing pula menyaksikan peningkatan sebanyak 34 peratus berbanding tahun terdahulu.

Video

Berita Berkaitan