- Lain-lain
Kerjasama China-Sri Lanka Tertumpu kepada Bidang Baharu
Hubungan diplomatik China-Sri Lanka berkembang dengan sihat dan stabil sejak terjalinnya pada 68 tahun yang lalu. China sentiasa menjadikan Sri-lanka sebagai satu keutamaan dalam diplomasi kejiranan, dan bersedia dengan Sri Lanka terus memupuk rasa saling percaya dalam bidang politik, bertukar pengalaman tentang tadbir urus negara dan meningkatkan dialog dan komunikasi antara jabatan.
Demikian dinyatakan Presiden China, Xi Jinping ketika mengadakan perbincangan dengan Presiden Sri Lanka Anura Kumara Dissanayake yang berada dalam lawatan di sini pada Rabu.
"Usaha China dalam memperincikan pelaksanaan dasar pembaharuan secara menyeluruh untuk memajukan modenisasi ala China akan membawa peluang baharu kepada pembangunan Sri Lanka.
"China akan meningkatkan sokongan kepada Sri Lanka dalam memberi tumpuan kepada pembangunan ekonomi, dan mengeratkan kerjasama di bawah Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) yang menekankan pembangunan berkualiti terutama memfokuskan bidang baharu seperti pertanian moden, ekonomi digital dan ekonomi marin.
"Kedua-dua pihak juga diharap meningkatkan pertukaran sosiobudaya untuk membantu rakyat kedua-dua negara saling mengenali hati dan budi masing-masing," kata Xi.
Mengulas lanjut, Xi berkata bahawa China bersedia bersama dengan Sri Lanka mengukuhkan penyelarasan dan kerjasama dalam mekanisme pelbagai hala termasuk Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk bersama-sama menangani isu-isu utama mengenai perkembangan umat manusia seperti perubahan iklim.
Beliau menyeru untuk menjana impak sosial di persada Selatan Global supaya dapat menyumbang kepada keamanan, kestabilan, pembangunan dan kemakmuran serantau.
Dissanayake dalam pertemuan itu pula menyatakan bahawa Sri Lanka amat mementingkan perkembangan hubungan dengan China, rakan yang boleh diyakini bagi negaranya, dan konsisten dalam mengamalkan prinsip Satu China. Negaranya bersedia meningkatkan kerjasama dengan China dalam bidang infrastruktur, sumber tenaga, pertanian, kewangan, pembasmian kemiskinan, transformasi digital, pelancongan, marin dan latihan bakat profesional.
Jubli Intan Hubungan Diplomatik China-Indonesia: Ke Arah Kerjasama Lebih Kukuh
Tahun 2024 Presiden Xi: Detik-detik bersama rakyat
Demi Masa Depan Lebih Baik
Video: PM Anwar Sifatkan Kerjasama Malaysia-China Meningkat Secara Menyeluruh, Strategik
Puteri Kemboja Kongsi Gerakan Tarian Tradisional, Tanda Zahir Ucapan ‘Saya Sayang Anda’