- Lain-lain
Delegasi AS, Rusia Adakan Rundingan di Riyadh
Delegasi Amerika Syarikat (AS) dan Rusia mencapai penyelesaian penting berhubung isu-isu sensitif antara kedua-dua negara dan usaha untuk menamatkan konflik Rusia-Ukraine dalam pertemuan yang berlangsung di Riyadh, Arab Saudi pada Selasa.
Jabatan Negara AS yang mengeluarkan kenyataan selepas pertemuan tersebut berkata empat titik konsensus dicapai dalam pertemuan antara delegasi AS dan Rusia tersebut.
Menurut kenyataan itu lagi, kedua-dua pihak bersetuju untuk mewujudkan mekanisme rundingan bagi menyelesaikan isu-isu sukar melibatkan hubungan dua hala, dengan matlamat untuk menormalkan operasi misi diplomatik kedua-dua negara.
Mereka juga bersetuju untuk melantik pasukan kanan masing-masing bagi mencari penyelesaian untuk menamatkan konflik Ukraine secepat mungkin secara berterusan, mampan dan boleh diterima oleh semua pihak.
Seterusnya, kedua-dua pihak bersetuju meletakkan asas bagi kerjasama masa depan mengenai isu berkepentingan geostrategik serta peluang ekonomi dan pelaburan, yang akan muncul selepas berakhirnya konflik Rusia-Ukraine.
Delegasi kedua-dua negara juga berjanji akan terus berhubung bagi memastikan proses rundingan dilaksanakan dengan cara yang tepat pada masanya dan berkesan.