- Lain-lain
Xi Ucap Tahniah atas Ulang Tahun ke-41 Kemerdekaan Brunei
Presiden China, Xi Jinping mengucap tahniah kepada Sultan Brunei Darussalam, Sultan Hassanal Bolkiah sempena ulang tahun ke-41 kemerdekaan negara itu pada hari ini.
Xi menyatakan bahawa sejak terjalinnya hubungan diplomatik pada lebih 30 tahun yang lalu, China dan Brunei menumpukan kepada usaha memupuk rasa saling percaya dalam bidang politik sehingga menjadikan kerjasama lebih substantif dan membuahkan hasil yang amat banyak. Ini merupakan satu teladan bagi negara berkuasa besar dan kecil bergaul secara sama rata, saling menguntungkan dan sama menang.
Tidak lama dahulu, Sultan Hassanal Bolkiah telah berkenan mengadakan lawatan rasmi ke China dengan jayanya, dan bersama pihak China mencapai konsensus untuk membina komuniti berkongsi nasib Brunei-China, yang menandakan satu lembaran baharu dalam kerjasama kedua-dua negara.
Xi berkata beliau amat mementingkan pembangunan hubungan dengan Brunei dan bersedia bersama baginda mendorong pembinaan komuniti berkongsi nasib kedua-dua negara demi kesejahteraan rakyat, sekali gus membuat sumbangan yang lebih besar kepada keamanan, pembangunan dan kemakmuran serantau.
Pada hari yang sama, Menteri Luar China, Wang Yi juga mengucap tahniah kepada Menteri Hal Ehwal Luar Negeri II Brunei, Datuk Seri Setia Erywan Yusof sempena ulang tahun ke-41 kemerdekaan negara itu.
- PM Li, Sultan Brunei Adakan Pertemuan di Beijing
- China, Brunei Zahir Komitmen Perkukuh Kerjasama dan Koordinasi
- China, Brunei Sepakat Laksanakan Dasar Pengecualian Visa
- Presiden Xi Bertemu dengan Sultan Brunei
- Sultan Brunei Adakan Lawatan Rasmi ke China
- Sultan Brunei Haji Hassanal Bolkiah akan Lawat China
- Bioteknologi China Sokong Saringan Kanser Serviks Brunei
- Han Zheng akan Lawat Indonesia dan Brunei
- China, Brunei Dorong Kerjasama Industri Sub-wilayah ASEAN
- Kerjasama China-Brunei: Raikan Kejayaan Lalu, Buka Lembaran Baharu