- Lain-lain
Seminar Pemikir Peringkat Tinggi di Beijing Terokai Masa Depan Hubungan ASEAN-China (3)
![]() |
Duta Besar Malaysia ke China, Dato’ Norman Muhamad menyampaikan ucapannya pada Seminar Pemikir Peringkat Tinggi bagi Hubungan ASEAN-China. (Foto ihsan Pusat ASEAN-China) |
Pusat ASEAN-China (ACC) dan Kedutaan Besar Malaysia di China telah mengumpulkan kumpulan pemikir peringkat tinggi menerusi penganjuran satu seminar bertemakan ‘Mengemudi Hala Tuju Masa Depan Hubungan ASEAN-China: Cabaran dan Peluang’ di Beijing, ibu negara China, pada Jumaat lalu.
Seminar Pemikir Peringkat Tinggi bagi Hubungan ASEAN-China tersebut telah menghimpunkan tokoh utama dan ketua-ketua pemikir terkemuka daripada lapan Negara Rakan ASEAN (AMS) dan China, diplomat kedutaan luar di China, serta wakil daripada Kementerian Luar China.
Tahun ini menandakan ulang tahun ke-10 bagi penubuhan rasmi Komuniti ASEAN, dan merupakan tahun kedua bagi Pertukaran antara Rakyat ASEAN-China. Malaysia juga telah mengambil alih kepengerusian ASEAN, sambil bertindak sebagai negara penyelaras bagi hubungan ASEAN-China.
Setiausaha agung Pusat ASEAN-China, Shi Zhongjun dalam ucaptamanya semasa pembukaan acara menyatakan bahawa dunia kini memasuki fasa baharu dalam pergolakan, perubahan dan ketidaktentuan.
Menurut beliau, seminar tersebut berperanan sebagai platform penting bagi menggalakkan pertukaran antara tokoh, memajukan lagi pembangunan Pertukaran Strategik Komprehensif China-ASEAN serta menyuntik kestabilan buat serantau dan dunia.
Duta Besar Malaysia ke China, Dato’ Norman Muhamad pula telah menyingkap tentang pertumbuhan pesat hubungan China-ASEAN serta landskap ekonomi dan geopolitik yang semakin rumit.
Justeru, beliau telah menekankan tentang peri penting bagi kedua-dua pihak untuk menambah baik perancangan strategik, memperkuat usaha secara kolektif, selain memastikan perkongsian strategik yang bervisi, berdaya tahan dan dinamik.
Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Asia di Kementerian Luar China, Liu Jinsong ketika menyampaikan ucaptamanya telah mengulangi sokongan padu negara Tembok Besar terhadap ASEAN yang kuat, makmur dan bersatu serta ‘ASEAN Centrality’ dalam kerjasama serantau.
Beliau turut memanfaatkan platform itu untuk mengajak kepada kerjasama dan kesepaduan yang lebih rapat antara China dan ASEAN, dengan mencadangkan agar kedua-dua pihak dapat mewujudkan suasana strategik untuk pembangunan bersama yang menggalakkan, keamanan dan kemakmuran serantau yang berpanjangan, dan mendahului pembinaan komuniti ASEAN-China yang berkongsi nasib secara lebih akrab.
Difahamkan, para peserta di seminar tersebut terlibat dalam perbincangan mendalam terhadap peluang luar dan dalam, serta cabaran terhadap hubunga ASEAN-China, selain turut mengemukakan cadangan terhadap pembangunan hubungan dua-hala.
- Pegawai Kanan China, ASEAN Berhimpun di Ningbo Sempena Sesi Rundingan China-ASEAN
- China Ikrar Bersama ASEAN Perangi Jenayah Penipuan Telekomunikasi
- "Dialog Datuk Bandar Dunia - Nanning" Tertumpu kepada Keterbukaan dan Kolaborasi
- 2,000 Belia Sertai Forum Pembangunan Belia Dunia di Beijing
- Mesyuarat Menteri Luar China-ASEAN Diadakan di Vientiane
- Harap Kerjasama Asia Timur Terus Lakar Kemajuan Baharu: MFA
- Gala Antarabangsa TBC Anjuran Guangxi Tampil Kepelbagaian Budaya China, ASEAN
- Guangxi Bakal Rakam Drama Tentang Penuntut Dari ASEAN
- Program Pertukaran Pelajar Simbol Pengukuhan Persahabatan China, Malaysia
- Minggu Warisan Budaya Tidak Ketara China-ASEAN Buka Tirai