Naskhah Berkait Usaha Xi Jinping Dalam Ekonomi Diterbitkan

Agensi berita Xinhua pada Ahad melaporkan bahawa jilid pertama naskhah berkaitan usaha-usaha terpilih Setiausaha Agung Parti Komunis China (PKC), Xi Jinping terhadap ekonomi pertama telah diterbitkan dan boleh didapati di seluruh negara.

Jilid tersebut mengumpulkan 74 naskhah kerja utama dan penting Xi terhadap pembangunan ekonomi dari tempoh November 2012 hingga Disember 2024. Difahamkan, beberapa hasil kerja tersebut yang datang dari pelbagai bentuk seperti arahan dan ucapan juga telah diterbitkan buat julung-julung kalinya.

Menurut Xinhua, naskhah tersebut berfungsi sebagai sumber berwibawa buat ahli-ahli Parti dan rakyat semua kumpulan etnik di seluruh negara untuk mengkaji dan melaksanakan Pemikiran Xi Jinping tentang Sosialisme Bercirikan China pada Era Baharu, khususnya Pemikiran Xi Jinping tentang Ekonomi.

Naskhah Pemikiran Xi Jinping tentang Ekonomi yang meringkaskan pengalaman praktikal pembangunan ekonomi pada era baharu secara sistematik itu telah membuka ufuk baharu dalam ekonomi politik sosialis dengan ciri-ciri Cina.

Untuk rekod, naskhah tersebut telah disusun oleh Institut Sejarah dan Kesusasteraan Parti Jawatankuasa Pusat PKC, dan diterbitkan oleh Akhbar Kesusasteraan Parti Pusat.

Video

Berita Berkaitan