Presiden Xi Ditemui Setiausasha Majlis Keselamtan Rusia Shoigu

(CRI)Sabtu 01 Mac 2025

Presiden China Xi Jinping menerima kunjungan Setiausaha Majlis Keselamatan Persekutuan Rusia Sergei Shoigu di Beijing pada petang Jumaat.

Xi berkata tahun ini merupakan ulang tahun ke-80 kemenangan Perang Rakyat China Menentang Penceroboh Jepun, Perang Patriotik Soviet, Perang Anti-Fasis Dunia, dan juga ulang tahun ke-80 tertubuhnya Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Pada tahun yang signifikan ini, China-Rusia akan mengadakan siri agenda dalam hubungan dua hala.

Beliau mengingatkan pelbagai lapisan masyarakat di kedua-dua negara supaya mengekalkan komunikasi rapat, melaksanakan konsensus yang dicapai pemimpin kedua-dua negara secara menyeluruh, memperkasakan semangat teras hubungan China-Rusia pada era baharu iaitu kekal menjadi jiran bersahabat, mengadakan kerjasama strategik komprehensif dan kerjasama menang-menang.

Sementara itu, Xi berkata, kedua-dua negara perlu mempergiat kerjasama strategik dan kerjasama pragmatik demi menyumbang kepada pembangunan bersama China-Rusia.

Shoigu pula mengatakan Presiden Putin memberikan perhatian tinggi tentang persahabatan yang ikhlas dan komunikasi yang erat dengan Presiden Xi.

Beliau berkata, Rusia akan melaksanakan konsensus penting yang dicapai pemimpin kedua-dua negara, tidak berganjak dalam mengintensifkan kerjasama dengan China. Selain itu, Rusia memuji tinggi kesungguhan China dalam mendorong penyelesaian krisis Ukraine secara damai.

Video

Berita Berkaitan