Penasihat Politik Tertinggi China Bentang Laporan Kerja (2)

(CRI)Rabu 05 Mac 2025
Penasihat Politik Tertinggi China Bentang Laporan Kerja

Sidang ketiga Jawatankuasa Kebangsaan ke-14 Majlis Mesyuarat Politik Rakyat China (CPPCC) yang dirasmikan di Beijing petang Selasa, merekodkan kehadiran seramai 2,110 anggota CPPCC.

Pada pembukaan sidang tersebut, Pengerusi Jawatankuasa Kebangsaan CPPCC Wang Huning telah membentangkan laporan kerja di hadapan kesemua anggota.

Beliau berkata CPPCC perlu menggalas tanggungjawab yang diamanahkan untuk terus menyumbang kepada usaha merealisasikan matlamat yang digariskan dalam Rancangan Lima Tahun (FYP) ke-14 (2021-2025), dan meletakkan asas kukuh bagi memulakan FYP ke-15.

Difahamkan, sebanyak 6,019 usul dibangkitkan pada sidang kedua Jawatankuasa Kebangsaan ke-14 CPPCC dengan 5,091 daripadanya telah diperiksa dan difailkan.

Video

Berita Berkaitan