AS 'Balas Kebaikan dengan Kejahatan'-MFA

(CRI)Rabu 05 Mac 2025

Perbuatan Amerika Syarikat (AS) menaikkan tarif terhadap produk China tidak akan membantu negara itu menyelesaikan masalah sendiri, sebaliknya hanya menjejaskan lagi dialog dan kerjasama kedua-dua negara dalam kawalan dadah.

Demikian kata jurucakap Kementerian Luar (MFA) Lin Jian dalam sidang media di Beijing pada Selasa, susulan AS bertindak mengenakan tarif tambahan sebanyak 10 peratus ke atas produk diimport dari China dengan mendalihkan isu fentanyl.

Lin berkata China berulang kali mengemukakan bantahan terhadap tindakan AS. Langkah balas yang diambil China adalah wajar dan munasabah untuk melindungi hak dan kepentingan negara.

AS perlu bertanggungjawab terhadap krisis fentanyl di dalam negara sendiri, kata Lin sambil menambah bahawa China telah menghulurkan sokongan kepada AS untuk menangani isu berkenaan dengan menjunjung semangat kemanusiaan.

Bagaimanapun, AS sama sekali tidak menghargai usaha dilakukan China, sebaliknya memburuk-burukkan dan menyalahkan China menerusi tindakan menaikkan tarif berkenaan.

Liu turut mengkritik kelakuan AS umpama 'balas kebaikan dengan kejahatan'.

Video

Berita Berkaitan