Hamas, Israel Berbeza Pandangan mengenai Pembinaan Semula Gaza

(CRI)Khamis 06 Mac 2025

Hamas dan Israel menyuarakan pandangan berbeza terhadap pelan pembinaan semula Gaza dan penubuhan jawatankuasa bebas bagi pentadbiran sementara di Gaza.

Pelan berkenaan diluluskan dalam sidang kemuncak tergempar negara-negara Arab di Kaherah pada Selasa.

Hamas menyambut baik pelan tersebut namun menolak campur tangan kuasa luar dalam menentukan masa depan Semenanjung Gaza.

Pada masa sama, Kementerian Luar Israel mengeluarkan kenyataan menentang pelan itu dan mengatakan bahawa penyertaan Pihak Berkuasa Palestin (PA) dalam memimpin pembinaan semula Gaza tidak mempunyai asas yang realistik.

Video

Berita Berkaitan