- Lain-lain
Martabatkan Pendidikan dalam Bidang Sains Teknologi dan Modal Insan - Xi
![]() |
Hendaklah memartabatkan peranan pendidikan dalam usaha menyokong kemajuan sains teknologi dan memupuk modal insan.
Demikian ditegaskan Presiden China, Xi Jinping ketika bertemu mesra dengan kumpulan anggota Majlis Mesyuarat Politik Rakyat China (CPPCC) dari Liga Demokratik China, Persatuan China untuk Kemajuan Demokrasi serta kalangan pendidikan, dan mendengar pandangan dan cadangan mereka.
"Hala tuju persekolahan yang tepat perlu dipertahankan dalam menyediakan pendidikan dari segi moral, intelek, fizikal, estetika dan ketekunan kepada golongan pembina dan pewaris yang berjuang dalam pembangunan negara sosialis, demi memangkin agenda pemerkasaan negara dalam bidang sains teknologi serta modal insan.
"Pembaharuan komprehensif perlu diperincikan terhadap sektor pendidikan dengan menyasarkan pembentukan sistem pendidikan yang berkualiti tinggi dan selaras dengan jangkaan rakyat. Sementara itu, perlu menyempurnakan sistem pengurusan di setiap institusi pendidikan, meningkatkan tahap kemandirian mereka pada aspek pengendalian, dan memartabatkan penguatkuasaan undang-undang terbabit dalam pengurusan persekolahan," kata Xi.
"Untuk meningkatkan kerancakan dalam melakukan inovasi sains teknologi dan memacu pembangunan modal insan, perlunya menonjolkan peranan sektor pendidikan sebagai perintis dan tunjang. Selain itu, pelbagai pelan untuk mencapai lonjakan dalam disiplin asas dan interdisiplin perlu dilaksanakan dengan baik supaya dapat meningkatkan kecekapan transformasi berdasarkan hasil sains teknologi.
"Pada masa yang sama, hendaklah melaksanakan strategi digitalisasi pendidikan negara, membina masyarakat sukatan pembelajaran baru dan mendorong kemunculan pelbagai jenis tenaga insan," ujar Xi.
"CPPCC dikehendaki memainkan peranan sepenuhnya sebagai institusi perundingan khusus untuk mendorong pembangunan berkualiti tinggi dalam bidang pendidikan, sains teknologi dan tenaga insan sehingga menyumbang kepada peningkatan kecekapan keseluruhan sistem inovasi di peringkat kebangsaan," tambah beliau.
![]() |
- Sidang Tahunan CPPCC Buka Tirai pada 4 Mac
- Guru Fizik Tarik Minat Pelajar Dengan Cara Tersendiri
- Pujian Patut Diberikan kepada China yang Pergiatkan Penyelidikan Matematik, Perkomputeran dan Sains Asas - Profesor Harvard
- NPC Bersidang di Beijing, Lulus Undang-undang Pendidikan Prasekolah
- Buku Xi, "Martabatkan Sistem Kongres Rakyat Kebangsaan" Diterbitkan
- Tarikh Sidang Tahunan NPC dan CPPCC 2025 Ditetapkan
- Sekolah di Serata China Kreatif Alu-alukan Kedatangan Pelajar Untuk Semester Baharu
- ‘Bas Sekolah Udara’ Jamin Perjalanan Lebih Selamat Buat Pelajar di Pergunungan
- Xi Mahu Tanggungjawab dan Tindakan Baharu Perkasa Modenisasi Ala China
- Pusat Penerangan "Dua Sidang" 2025 Dibuka Hari Ini
- Xi Mahu Jiangsu Mainkan Peranan Utama dalam Pembangunan Negara
- Sidang Akhbar Sidang Tahunan NPC akan Diadakan 4 Mac
- Sidang Jawatankuasa Tetap CPPCC Berakhir
- Sidang Tahunan Jawatankuasa Kebangsaan CPPCC Berlangsung Mulai Esok
- Sidang Ketiga NPC ke-14 Bermula Esok
- Sidang Tahunan Jawatankuasa Kebangsaan CPPCC Bermula
- Sidang Ketiga NPC ke-14 Bermula Hari Ini
- Penasihat Politik Tertinggi China Bentang Laporan Kerja
- Kata Baharu dalam Laporan Kerja Kerajaan China 2025
- ‘Lianghui’ Jadi Jambatan Suara Awam dan Tindakan Dasar