- Lain-lain
Berkongsi Kejayaan, Menyepadukan Masa Depan: FAW China dan Audi AG Buka Lembaran Baharu Bersama pada Era AI
Ketibaan 2025 menyaksikan ‘pertembungan’ digital dan kecerdasan yang diinisiatifkan oleh jenama automotif China telah memasuki fasa penting baharu.
Industri automotif China telah mencapai anjakan bersejarah, dengan berjaya melalui transformasi daripada ‘akses pasaran perdagangan untuk teknologi’ kepada ‘menentukan definisi piawaian global menerusi teknologi’.
Pada masa sama, timbul pula satu persoalan mengenai bagaimana usaha sama iaitu satu tonggak China sejak sekian lama dalam sektor automotif mampu untuk meneruskan legasi pembangunan berkualiti tinggi.
Gambar pangkalan pengeluaran NEV FAW-Audi di Changchun, Provinsi Jilin. (Foto disediakan untuk People’s Daily Online)
Changchun, yang disebut sebagai ‘tempat bermulanya industri automotif moden China Baharu’, bukan sahaja bandar melahirkan kereta keluaran kendiri pertama China, tetapi juga memupuk jenama automotif mewah antarabangsa pertamanya.
Perjalanan China FAW dan Audi AG selama 37 tahun menuju pertumbuhan berkualiti tinggi
Pada 17 Mei 1988, FAW China dan Audi AG menandatangani perjanjian pemindahan teknologi kenderaan mewah pertama China di Changchun. Ia merupakan satu detik penting dalam sejarah automotif negara yang menyaksikan banyak pelan tindakan dan dokumen teknikal telah dibawa masuk dari ibu pejabat Audi AG di Ingolstadt, Jerman, ke Changchun.
Dengan pelancaran 100 Audi yang pertama, bandar itu mempelopori sektor automotif mewah domestik China, mendemokrasikan akses kepada kenderaan premium untuk jutaan orang.
Berdasarkan asas ini, FAW dan Audi amat memahami permintaan pengguna China untuk ruang dalaman yang luas. Pada 1999, A6 (C5) mula bertapak sebagai sedan mewah yang pertama di China, mencapai kejayaan yang memberangsangkan.
(Foto disediakan untuk People’s Daily Online)
Pada tahun ini, jualan kumulatif FAW Audi di China hampir melebihi 10 juta kenderaan. Usaha sama tersebut kini mengoperasikan lapan fasiliti utama di seluruh negara, termasuk tiga hab ujian dan R&D, empat pangkalan pengeluaran dan sebuah pusat pemasaran yang terletak di “Bandar Digital’ Hangzhou.
Kesemua pengoperasian tersebut telah mencipta hampir 500,000 peluang pekerjaan rangkaian penuh, serta mencapai pembayaran cukai lebih RMB700 bilion dalam keseluruhan sistem itu.
Paradigma baharu dalam perkongsian: Konsortium pengeluaran pintar Sino-Jerman kembalikan semula kolaborasi
Hari ini, dengan landskap baharu yang dibawa oleh peningkatan teknologi perindustrian, Audi AG dan FAW China telah memanfaatkan kerjasama sinergi yang terjalin selama berdekad-dekad serta pemahaman yang tiada tandingan tentang pasaran dan pengguna China untuk menyiapkan pembinaan pangkalan pengeluaran NEV premium pertama di Changchun dalam masa tiga tahun sahaja.
Ia sekali gus mempercepatkan penyetempatan platform PPE (Premium Platform Electric – platform EV premium Audi yang dibangunkan bersama Porsche) di China, memenuhi permintaan pengguna China yang lebih tinggi untuk kecerdasan dan elektrifikasi dengan model baharu ‘pembuatan berkualiti Jerman + pembuatan pintar China’.
(Foto disediakan untuk People's Daily Online)
Kilang global yang dilaburkan secara bersama oleh Audi dan FAW dengan kos lebih RMB20 bilion ini, akan menghasilkan Audi Q6L e-tron dan Audi A6L e-tron berspesifikasi China, yang terdiri daripada R&D setempat yang diintegrasikan secara mendalam mengikut keperluan sebenar pengguna China.
Malah, ia bekerjasama dengan Huawei untuk mencipta sistem pemanduan pintar mewah, memberikan teknologi quattro legenda, yang telah menguasai trek dan jalan raya selama 45 tahun, dengan pemikiran digital paling maju.
- Megafactory Tesla di Shangai Mula Beroperasi
- AGV Lasak China Pesat Berkembang ke Pasaran Antarabangsa
- 139 Model Kereta Lulus Ujian Pematuhan Keselamatan Data Automobil
- Pelabuhan Yantai Rekodkan 737,000 Penghantaran Kenderaan Komersial Pada 2024
- Jualan Kereta Ikonik China Jenama Hongqi Catat Rekod Baharu pada 2024
- Pembuat Kereta China Terus Melabur Dalam R&D
- Pikap Elektrik Buatan China yang Pertama Mula Dipasarkan di Thailand
- Persidangan Kenderaan Pintar Keterhubungan Internet Dunia 2024 di Beijing
- Lihat Sepintas Rel Buatan China di Hanoi
- Jenama China Jadi Pendahulu Jualan Kereta di Sepanyol