- Lain-lain
Kerajaan Pocheon Mahu Latihan Tentera Korea Selatan-AS Dihentikan
Kerajaan tempatan bandar Pocheon, Gyeonggi-do, Korea Selatan menuntut supaya latihan ketenteraan bersama antara Korea Selatan dengan Amerika Syarikat (AS) dihentikan sepenuhnya.
Ia susulan jet tentera Korea Selatan dilaporkan secara tidak sengaja menjatuhkan bom udara ke bumi (air-to-surface) ke kawasan kediaman semasa latihan itu dijalankan pada Khamis.
Memetik kenyataan Tentera Udara Korea Selatan, insiden itu berlaku kira-kira pukul 10 pagi waktu tempatan apabila dua jet pejuang KF-16 secara tidak normal menggugurkan empat bom MK-82 setiap satu semasa latihan tembakan bersama tentera udara dan tentera darat.
Kesemua lapan bom jatuh di luar kawasan sasaran tembakan dan meletup.
Punca insiden disebabkan kesilapan juruterbang dalam memasukkan koordinat.
Menurut Agensi Berita Yonhap, kawasan kediaman awam yang dibom itu terletak kira-kira 8 kilometer dari lokasi latihan tembakan.
Kementerian Pertahanan Korea Selatan memaklumkan, seramai 29 orang cedera dengan dua daripadanya parah susulan insiden tersebut.
- Tujuh Cedera Peluru Jatuh ke Rumah Penduduk Korea Selatan
- Perbicaraan Kes Yoon Suk-yeol Bermula Pagi tadi
- Presiden Korea Selatan Yoon Suk-yeol Ditangkap
- Korea Selatan Siasat Insiden Pelepasan Sisa Radioaktif 'Tak Normal'
- Pemohonan Perintah Tangkapan Terhadap Yoon Suk-youl
- Nahas Jeju Air : Identiti 141 Individu Maut Dikenalpasti
- Xi Zahir Ucapan Takziah Susulan Nahas Penerbangan Korea Selatan
- DP Lancar Prosedur Pecat Pemangku Presiden Korea Selatan
- Mahkamah Korea Selatan Bincang Jadual Kes Pendakwaan terhadap Yoon Suk-yeol
- PPP Ikrar Gerak Proses Peletakan Jawatan Suk-yeol secara Teratur