Rundingan Mansuhkan Pelan Nuklear Damai Iran, Tidak Akan Berlaku

(CRI)Isnin 10 Mac 2025

Jika tujuan rundingan adalah untuk membatalkan program nuklear damai Iran, maka rundingan tersebut "tidak akan pernah berlaku".

Demikian menurut Delegasi Iran ke Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) menerusi kenyataan mereka yang dimuatnaik menerusi media sosial pada Ahad.

Menurut kenyataan itu lagi, Iran berkemungkinan akan mempertimbangkan rundingan jika tujuan rundingan tersebut untuk menangani kebimbangan berhubung ketenteraan pelan nuklear Iran.

Pemimpin Tertinggi Iran Ayatollah Ali Khamenei pada 8 Mac berkata, sesetengah negara yang berkeras untuk mengadakan rundingan bukanlah untuk menyelesaikan masalah, sebaliknya memaksa menerima kehendak mereka dan ini tidak akan diterima sama sekali oleh Iran.

Sementara itu, Presiden Amerika Syarikat Donald Trump berkata dalam sebuah program temu bual yang disiarkan pada 7 Mac lalu bahawa beliau telah mengutus surat kepada Khamenei, menggesa Iran berunding dengan AS mengenai pembatalan pelan pembangunan senjata nuklearnya.

Pada hari yang sama, delegasi Iran ke PBB menyatakan bahawa pihaknya tidak menerima surat yang dimaksudkan.

Video

Berita Berkaitan