- Lain-lain
AS, Ukraine Sepakat Kuatkuasakan Gencatan Senjata Sementara
Amerika Syarikat (AS) dan Ukraine mencapai kata sepakat mengenai pelbagai isu termasuk penguatkuasaan gencatan senjata sementara serta menyambung semula bantuan ketenteraan dan perkongsian risikan.
Semua ini dicapai selepas rundingan wakil AS dan Ukraine di Jeddah, Arab Saudi pada Selasa.
Menurut kenyataan bersama yang diumumkan kedua-dua pihak, Ukraine menyokong cadangan AS mengenai penguatkuasaan gencatan senjata selama 30 hari.
Tempoh tersebut juga boleh dilanjutkan apabila kedua-dua pihak mencapai persetujuan dan ianya perlu diterima dan dilaksanakan serentak oleh Rusia.
AS juga akan segera menyambung semula bantuan ketenteraan dan perkongsian risikan dengan Ukraine yang diputuskannya sebelum ini.
Kenyataan bersama itu turut menyatakan Presiden AS dan Ukraine bersetuju untuk memuktamadkan secepat mungkin perjanjian berkaitan jaminan akses AS kepada sumber mineral Ukraine.
"Bagi memperkasa ekonomi Ukraine, mengimbangi kos bantuan AS, selain memastikan kemakmuran dan keselamatan Ukraine dalam jangka masa panjang."
- Hamas Komited Laksana Perjanjian Gencatan Senjata
- China Desak Israel Hentikan Serangan terhadap Rafah
- China Seru Pihak-pihak Terlibat Isu Ukraine Kawal Diri
- Krisis Ukraine: China Mulakan Diplomasi Ulang-Alik Pusingan Baharu Esok
- Wakil China, Indonesia Bincang Krisis Ukraine
- China Ulangi Desakan Gencatan Senjata Serta-merta di Gaza
- Hamas Ulangi Desakan Laksana Gencatan Senjata
- Utamakan Perdamaian dan Kepentingan Rakyat dalam Tangani Krisis Ukraine - Wang Yi
- Gencatan Senjata Lubnan-Israel Dijadikan Keutamaan Utama - Wakil China
- China Gesa Tamatkan Konflik Rusia-Ukraine
- Setiausaha Negara AS Bakal Bertemu Delegasi Ukraine di Arab Saudi
- AS Sedia Bantuan Ketenteraan Baharu kepada Ukraine
- AS Umum Bantuan Ketenteraan USD988 Juta kepada Ukraine
- China Sanjung Tinggi Semua Usaha untuk Kedamaian Ukraine
- Pemimpin Negara-negara Eropah Bincang Isu Ukraine
- UNSC Lulus Resolusi Tamatkan Konflik Rusia-Ukraine
- Perjanjian Rangka Ekonomi AS-Ukraine telah Disiapkan
- AS-Ukraine Perlu Capai Perjanjian Mineral Sebelum Betuk Pasukan Pengaman - Trump
- UK, Ukraine Capai Perjanjian Pinjaman £2.26 Bilion
- PM Hungary Selar Keputusan Pemimpin Eropah Berhubung Ukraine