- Lain-lain
Setiausaha Negara AS Bakal Bertemu Delegasi Ukraine di Arab Saudi
Dua pegawai Amerika Syarikat (AS) mendedahkan bahawa AS merancang untuk mengadakan pertemuan dengan delegasi Ukraine di Arab Saudi pada 11 Mac ini, untuk menilai kesediaan Ukraine dalam memberikan konsesi substantif kepada Rusia bagi menamatkan konflik Rusia-Ukraine.
Sementara itu, seorang pegawai AS pula menyatakan bahawa delegasi AS juga akan melihat dengan teliti sama ada Ukraine bersikap serius untuk memperbaiki hubungan mereka dengan pentadbiran kerajaan Donald Trump atau tidak.
Setiausaha Negara AS, Marco Rubio berlepas ke Jeddah, Arab Saudi pada semalam untuk mengadakan perbincangan dua hala dengan delegasi Ukraine yang diketuai Pengarah Pejabat Presiden Ukraine, Yermak pada 11 Mac.
Selain Rubio, Penolong Hal Ehwal Keselamatan Negara Presiden AS, Waltz dan Utusan Khas AS untuk Isu Timur Tengah, Steve Whitcomb dijangka menghadiri perbincangan tersebut.
- PM Hungary Selar Keputusan Pemimpin Eropah Berhubung Ukraine
- UK, Ukraine Capai Perjanjian Pinjaman £2.26 Bilion
- AS-Ukraine Perlu Capai Perjanjian Mineral Sebelum Betuk Pasukan Pengaman - Trump
- Perjanjian Rangka Ekonomi AS-Ukraine telah Disiapkan
- UNSC Lulus Resolusi Tamatkan Konflik Rusia-Ukraine
- Perjanjian Mineral AS-Ukraine Dijangka Ditandatangani Minggu Ini
- Rundingan Rusia-AS Dijadual Minggu Depan
- Pemimpin Negara-negara Eropah Bincang Isu Ukraine
- Proses Pemulihan Hubungan Rusia-AS Bermula - Menteri Luar Rusia
- Delegasi AS, Rusia Adakan Rundingan di Riyadh