Rundingan Rusia-AS Dijadual Minggu Depan

(CRI)Isnin 24 Februari 2025

Rusia dan Amerika Syarikat (AS) dijangka akan mengadakan rundingan mengenai isu Ukraine yang seterusnya di Riyadh, ibu negara Arab Saudi lewat minggu depan.

Lokasi tersebut juga tempat sama berlangsungnya rundingan pertama pada 18 Februari lalu, menurut Timbalan Menteri Luar Rusia Sergei Ryabkov.

Ryabkov berkata, rundingan kali ini tidak akan dihadiri pegawai peringkat timbalan menteri, sebaliknya ketua jabatan yang berkaitan, bagi memastikan masalah terperinci dapat ditangani dengan lebih berefisien.

Video

Berita Berkaitan