- Lain-lain
Proses Pemulihan Hubungan Rusia-AS Bermula - Menteri Luar Rusia
Syarat untuk rundingan Rusia-Amerika Syarikat (AS) mengenai keselamatan dan kestabilan strategik boleh diwujudkan dan proses normalisasi hubungan kedua-dua negara sedang dimulakan, kata Menteri Luar Rusia, Sergei Lavrov dalam ucapan di Duma Negara Rusia pada Rabu.
Lavrov berkata, kepentingan Rusia dan AS tidak sepenuhnya seiring, namun kedua-dua pihak perlu berusaha untuk memaksimumkan manfaat bersama dan bidang yang boleh disepakati.
Syarat yang perlu diwujudkan bukan sahaja untuk menangani krisis Ukraine, tetapi juga untuk menyambung semula dan menjalinkan perkongsian Rusia-AS dalam bidang perdagangan, ekonomi dan geopolitik.
Sementara itu, pada hari yang sama Setiausaha Akhbar Presiden Rusia Dmitry Peskov berkata, Presiden Vladimir Putin dan rakan sejawatnya dari AS, Donald Trump mungkin mengadakan perbincangan seawal-awalnya sebelum akhir Februari, atau mungkin lebih lewat dari tarikh tersebut.