- Lain-lain
AS-Ukraine Perlu Capai Perjanjian Mineral Sebelum Betuk Pasukan Pengaman - Trump
(CRI)Jumaat 28 Februari 2025
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump pada Khamis berkata perjanjian mineral akan menjadi “tulang belakang” Ukraine, dan kedua-dua negara perlu mencapai persetujuan sebelum membentuk pasukan pengaman.
Beliau berkata demikian ketika menerima kunjungan Perdana Menteri Britain, Keir Starmer.
Trump memaklumkan bahawa Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskyy akan tiba di Washington D.C pada 28 Februari.
Sebelum itu, Zelenskyy dalam ucapan videonya pada 26 Februari berkata bahawa pasukan Ukraine dan AS sedang membuat persiapan bagi rundingan pada 28 Februari, dan beliau akan bertemu dengan Presiden Trump.
Zelenskyy menyatakan bahawa adalah amat penting bantuan AS tidak dihentikan, dan "kekuatan adalah inti pati dalam jalan menuju ke keamanan."
- UNSC Lulus Resolusi Tamatkan Konflik Rusia-Ukraine
- Perjanjian Mineral AS-Ukraine Dijangka Ditandatangani Minggu Ini
- Rundingan Rusia-AS Dijadual Minggu Depan
- Pemimpin Negara-negara Eropah Bincang Isu Ukraine
- Proses Pemulihan Hubungan Rusia-AS Bermula - Menteri Luar Rusia
- Delegasi AS, Rusia Adakan Rundingan di Riyadh
- China Sanjung Tinggi Semua Usaha untuk Kedamaian Ukraine
- Moscow Sedia Terima Kunjungan Trump Bila-bila Masa
- Trump, Putin Berbincang Menerusi Panggilan Telefon
- AS Umum Bantuan Ketenteraan USD988 Juta kepada Ukraine
Perkenalan Ringkas Akhbar Renminribao China | Kenali People.cn
Hak cipta terpelihara © People.cn
Penggunaan tanpa izin pencipta adalah dilarang