- Lain-lain
He Lifeng Ditemui Bekas Setiausaha Perbendaharaan AS
Ahli Biro Politik Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC) yang juga Ketua Pejabat Jawatankuasa Pusat PKC untuk Urusan Kewangan dan Ekonomi, He Lifeng ditemui bekas Setiausaha Perbendaharaan Amerika Syarikat (AS), Henry Paulson di Beijing pada Ahad.
Kedua-dua pihak bertukar-tukar pendapat tentang hubungan ekonomi dan perdagangan dua hala dan ekonomi global.
He mengatakan, ekonomi China mengekalkan trend pemulihan kuat, sementara pembangunan dipacu inovasi menampakkan kesan ketara, dan unjuran pasaran kian baik.
Di samping itu, potensi permintaan dalam negeri dan ruang kitaran domestik amat besar, manakala pembentukan paradigma pembangunan baharu dipercepat.
He menekankan bahawa asas ekonomi China yang mampan untuk jangka masa panjang tidak berubah dan prospeknya tetap cerah.
Paulson mengaku bahawa hubungan AS-China amat penting dan transformasi hijau adalah trend utama.
Beliau menegaskan bahawa Tabung Paulson bersedia untuk menyumbang kepada kestabilan hubungan AS-China dan pembangunan hijau dan rendah karbon.
- China, AS Perlu Hidup Bersama Secara Aman
- Naib Perdana Menteri China, Setiausaha Perbendaharaan AS Bincang Isu Ekonomi
- Wang Yi Ulangi Dasar China terhadap AS
- Han Zheng Bertemu Tokoh Perniagaan AS
- Xi, Trump Berbincang menerusi Panggilan Telefon
- China, AS Anjur Mesyuarat ke-7 Kumpulan Kerja Ekonomi di Johannesburg
- Perjanjian China-AS mengenai Kerjasama Sains Teknologi Dilanjutkan
- China Sanggup Komunikasi dengan Jabatan Perdagangan Pentadbiran Baharu AS
- China Laksana Dasar Kawalan Dadah Paling Ketat di Dunia
- Mesyuarat Ke-6 Kumpulan Kewangan China-AS di Washington