- Lain-lain
Penggunaan di Kawasan Luar Bandar China Pamer Kekuatan
Petugas pos sedang mengisih bungkusan di pusat penghantaran penumpang di kaunti Pan’an, Jinhua, Provinsi Zhejiang, di timur China. (Foto/Jin Sicheng)
Dalam usaha untuk merancakkan semula kawasan luar bandar, China baru-baru ini mengemukakan pelan menyeluruh terhadap pemulihan luar bandar bagi tempoh 2024-2027.
Pelan itu mengajak agar usaha dapat digembleng bagi mendorong penggunaan di kawasan desa menerusi pendekatan seperti memajukan pembinaan sistem perniagaan bertaraf kaunti, membantu pembelian kenderaan tenaga baharu (NEV) serta kelengkapan rumah yang pintar dan hijau, selain menambah baik infrastruktur penggunaan.
Transformasi dalam pengalaman beli-belah di kawasan kampung telah berubah secara drastik. Pada sebelum ini, penduduk kampung perlu ke kawasan bandar untuk membeli produk berkualiti tinggi. Namun, dengan suasana beli-belah di kampung yang telah bertambah baik, urusan untuk membeli-belah tidak lagi menjadi rumit.
Kampung Shenchen di daerah Laiwu, Jinan, Provinsi Shandong di timur China yang menempatkan lebih 600 penduduk telah mendapat ‘hadiah’ satu pasar raya francais pada dua tahun yang lalu dengan sokongan daripada kerjasama pemasaran dan bekalan daerah itu.
“Semasa Tahun Baru Cina, kami membeli telur, susu dan kotak hadiah berisi pastri di sini ketika melawat saudara mara dan sahabat handai. Semua produk adalah berjenama dengan kualiti yang dijamin,” ujar Shen Libo, ketua Parti kampung itu.
Menurut perkongsiannya, Shen berkata bahawa pada masa dahulu, mereka akan membeli sayur-sayuran dalam kuantiti yang banyak ketika pergi ke pasar bagi mengelakkan keperluan untuk pergi secara kerap susulan jarak yang jauh.
“Tetapi, masalah juga timbul apabila barang-barang tersebut mudah menjadi rosak apabila disimpan dalam tempoh yang lama. Kini, kami boleh membeli sayur-sayuran segar pada bila-bila masa,” ujarnya lagi.
Pada tahun lalu, pasar raya itu telah ditingkatkan lagi dengan lebih banyak fungsi dan kepelbagaian produk, sekali gus menarik penduduk kampung dari kawasan berdekatan untuk turut sama membeli-belah di situ.
Memetik data keluaran Kementerian Perdagangan, China telah menaik taraf sebanyak 5,856 pusat komersial perbandaran dan kaunti, serta 53,000 kedai perkhidmatan mudah beli bertaraf kampung pada 2024.
Penduduk kampung sedang memilih barang untuk dibeli di pasar tani di perbandaran Furong, kaunti Yongshun, Kawasan Autonomi Miao dan Tujia Xiangxi di Provinsi Hunan, tengah China. (Foto/Zeng Yong)
Pakar turut berpendapat bahawa pasaran pengguna di kawasan desa telah membangun pada kelajuan yang lebih pantas pada tahun mutakhir ini.
Difahamkan, kemajuan itu adalah didorong oleh pembangunan berterusan dalam piawaian kehidupan penduduk desa, pembangunan dipercepatkan dalam infrastruktur perniagaan di peringkat perbandaran dan kaunti, serta tempat beli-belah yang dinaik taraf.
Data menunjukkan bahawa dari tempoh 2013-2023, jualan runcit barangan pengguna di kawasan desa bertumbuh secara purata pada kadar 8.1 peratus setiap tahun, iaitu 0.9 mata peratusan lebih tinggi berbanding kawasan bandar. Malah, angka itu juga mencapai rekod tinggi lebih daripada RMB6.6 trilion (AS$911.87 bilion) pada 2024.
Tatkala aktiviti membeli-belah secara fizikal menjadi semakin lebih mudah di kawasan luar bandar, kaedah secara dalam talian juga semakin dilihat sebagai satu kebiasaan.
Dengan kemajuan pesat pembangunan e-dagang luar bandar, lebih ramai petani memilih untuk membeli barangan keperluan masing-masing secara dalam talian. Menjelang Disember 2024, pengguna internet di kawasan luar bandar China mencatat 313 juta orang, dengan terdapat peningkatan signifikan dalam pembeli dalam talian.
Pada 2023, jualan runcit dalam talian di kawasan desa di China mencecah RMB2.5 trilion, iaitu meningkat hampir 13 kali ganda jika dibandingkan dengan 2014, selain turut mengekalkan kadar pertumbuhan yang kuat pada 2024 iaitu sebanyak 6.4 peratus.
Di sebalik angka-angka yang mengagumkan tersebut adalah terdapatya pengembangan liputan jaringan logistik dan penambahbaikan yang berterusan dalam model penghantaran.
Memfokuskan perkhidmatan penghantaran ekspres di kawasan luar bandar, wilayah di serata China telah mempercepatkan pembinaan sistem logistik penghantaran desa, dan memperbaik jaringan penghantaran pada tahun-tahun kebelakangan ini.
Penggiat industri berpandangan bahawa pembinaan lebih 340,000 stesen perkhidmatan logistik komprehensif peringkat kampung di serata China telah menyelesaikan cabaran menghantar barang menuju ke tujuan akhir secara berkesan.
Namun, di beberapa kawaasan, faktor seperti lokasi geografi dan pembangunan ekonomi telah menjadi penghalang bagi perkhidmatan penghantaran di kampung-kampung, sekali gus menyukarkan untuk memenuhi keperluan penduduk kampung.
Oleh itu, pelan tersebut mencadangkan agar sistem perkhidmatan logistik dan e-dagang supaya ditambah baik, membangunkan pusat pengumpulan dan pengagihan peringkat kaunti, mempromosi pembangunan berintegrasi buat penumpang, kargo dan perkhidmatan pos, serta mempercepat pengembangan penggunaan.
‘Dokumen No. 1 pusat’ China untuk 2025 menyeru terhadap usaha untuk mengembangkan liputan perkhidmatan penghantaran ke kampung-kampung, dan mempromosi logistik rantai sejuk, serta perkhidmatan runcit segera di pekan dan perbandaran.
“Tahun ini, kami akan terus memperbaik kualiti perkhidmatan cepat dan pos luar bandar,” ujar Hou Yanbo, pengarah di pejabat Biro Pos Negara.
Seiring dengan permintaan pengguna luar bandar terhadap produk baharu dan pertumbuhan perkhidmatan, lebih banyak dasar sokongan telah dibentangkan di seluruh kawasan desa.
Liu Ping, eksekutif yang bertanggungjawab untuk menyelia kedai runcit di bawah Sunning, iaitu platform e-dagang China, berkata bahawa pihaknya telah melaksanakan lebih 16,000 aktiviti tukar beli di pasaran peringkat kaunti pada tahun lalu, dengan pesanan tukar beli melonjak sebanyak 191 peratus.
Data pada 2024 turut menunjukkan bahawa lebih daripada 20 kawasan bertaraf provinsi telah menyenaraikan produk termasuk pembersih air, pembasuh pinggan mangkuk, serta kelengkapan pintar dan hijau di dalam program subsidi. Pada tahun lalu, lebih daripada 37 juta pengguna telah menyertai program tukar beli kelengkapan rumah, dengan pengguna desa menjadi segmen penting.
Pada Jun tahun lalu, Kementerian Industri dan Teknologi Maklumat telah mengeluarkan data yang menunjukkan bahawa lebih daripada 7 juta NEV berjaya dijual sejak program mempromosi NEV dilancarkan di kawasan desa pada 2020.
Pakar mengunjurkan bahawa dengan pertumbuhan berterusan dalam pendapatan petani dan penaiktarafan penggunaan luar bandar yang dipercepat, China mampu mencapai tambahan penggunaan tahun sebanyak RMB2 trilion.
Sejajar dengan trend penaiktarafan penggunaan luar bandar, pelan itu turut menggesa terhadap penambaikan inovasi produk dan usaha pemasaran yang menyasarkan kawasan luar bandar, sekali gus mengembangkan lagi program tukar beli untuk barangan pengguna, menggalakkan penggunaan maklumat, dan mempromosi penaiktarafan penggunaan.
- China Kemuka Pelan Inisiatif Istimewa, Mahu Rancakkan Penggunaan
- China Keluarkan Pelan Tindakan Tiga Tahun, Mahu Optimumkan Persekitaran Pengguna
- TBC 2025: Cuti Panjang 8 Hari Dorong Penggunaan, Pelancongan
- Guangxi: Galak Penggunaan pada Tahun Baharu melalui Program Tukar Beli
- Mengenal Semula "Pengguna China"
- Servis Memasak di Pasar Basah Kini Jadi Pilihan Berbanding Masak di Rumah Atau Tapau
- Pasaran Wangian Berkembang Pesat di China
- Pasaran Pengguna Semakin Pulih
- Galakkan Pembaharuan Kelengkapan dan Tukar Beli Barang Penggunaan: Xi
- Jualan Runcit Produk Penggunaan China 2023 Cecah RMB47 Trilion