- Lain-lain
Sekolah Malam Belia di Guizhou Dapat Permintaan Tinggi
Pada malam 1 Mac 2025, satu persembahan diadakan di daerah Guanshanshu, bandar Guiyang, Provinsi Guizhou, yang menghimpunkan belia dari sekolah malam daerah itu untuk menzahirkan minat masing-masing.
Sekumpulan anak muda mempersembahkan pertunjukkan dram Afrika yang diadakan di daerah Guanshanshu, bandar Guiyang, Provinsi Guizhou. (Foto ihsan Jabatan Publisiti Jawantankuasa Parti Komunis China Daerah Guanshanshu)
Hari ini, sekolah malam belia telah berkembang di sembilan bandar dan kawasan di Guizhou, selain memasuki ke bahagian dalam kaunti dan desa.
Pada Mac 2024, daerah Guanshanshu membuka sekolah malam belia yang pertama di provinsi tersebut. Sejak pembukaannya, sekolah itu semakin mendapat tumpuan, dan berkembang daripada satu kampus kepada 16 buah, dengan menawarkan kursus daripada hanya dua kepada 67.
Difahamkan, kelas yang ditawarkan kini meliputi pelbagai subjek termasuk muzik, tarian, kemahiran praktikal dan budaya tradisional.
Golongan muda mengikuti kelas kaligrafi di sekolah malam belia di daerah Guanshanshu, bandar Guiyang, Provinsi Guizhou. (Foto ihsan Jabatan Publisiti Jawatankuasa Parti Komunis China Daerah Guanshanshu)
Dengan yuran kelas seruling buluh sebanyak RMB15 setiap satu sesi, kelas membuat kek sebanyak RMB20 dan kelas paling mahal iaitu renang sebanyak RMB80, yuran yang berpatutan tersebut telah menjadi faktor keterlibatan ramai golongan muda.
Sekolah malam belia Guizhou memanfaatkan ruang seperti pusat seni belia dan universiti-universiti lama, serta mengadakan kelas pada bukan waktu kemuncak, sekali gus menjimatkan kos operasi.
Mereka juga menjemput profesor dari universiti, pewaris warisan budaya tidak ketara dan pakar industri bagi memastikan kelas yang diadakan itu berkualiti tinggi.
Menurut rekod, sekolah malam belia di daerah itu memperlihatkan hampir 400 kelas telah didirikan, dengan penyertaan lebih 5,800 pelajar.
Di sebuah kelas seni lilin di kaunti Sinan, bandar Tongren Guizhou, Yuan Zongfeng menghasilkan bunga lilin yang cantik dengan menggunakan kayu buluh dan pisau lilin. Dia juga mereka bentuk hasil kreatif seperti anting-anting dan aksesori rambut.
Pengalaman secara terus tersebut telah menginspirasikan golongan muda untuk mendekatkan diri dengan kraf tradisional, seterusnya mempamerkan hasil seni masing-masing menerusi video pendek dan penstriman e-dagang, sekali gus mempromosi transformasi kreatif dan pembangunan inovatif warisan budaya tidak ketara.
Seorang wanita muda sedang mempelajari seni lilin di kaunti Sinan, bandar Tongren, Provinsi Guizhou. (Foto ihsan Jabatan Publisiti Jawantankuasa Parti Komunis China Kaunti Sinan)
Sekolah malam belia Guizhou pada asalnya dilakukan secara sukarela untuk program pembasmian kemiskinan pada 2017. Ketika itu, ia memfokuskan kepada latihan pertanian dan celik huruf bagi membantu mengurangkan kemiskinan komuniti. Kini, ia berkembang dengan memasukkan subjek seperti e-dagang, pengurusan perniagaan, ilmu undang-undang, yang kesemuanya bertujuan untuk membangunkan bakat muda.
Golongan muda menghadiri kelas upacara teh di kaunti Shiqian, bandar Tongren, Provinsi Guizhou. (Foto ihsan Jabatan Publisiti Jawantankuasa Parti Komunis China Kaunti Shiqian)
Hari ini, 500 sekolah malam belia telah diintegrasikan dalam strategi pemulihan semula luar bandar, dengan memupuk 13,000 belia berkemahiran, dalam usaha mendorong pertumbuhan dan peluang antaranya dalam bidang pertanian, e-dagang dan keusahawanan.
Golongan belia wanita mempelajari pergerakan tarian di bawah bimbingan guru di daerah Baiyun, bandar Guiyang, Provinsi Guizhou. (Foto ihsan Jabatan Publisiti Jawantankuasa Parti Komunis China Daerah Baiyun)
Orang ramai menonton persembahan yang disampaikan oleh pelajar di sekolah malam belia di daerah Guanshanshu, bandar Guiyang, Provinsi Guizhou. (Foto ihsan Jabatan Publisiti Jawantankuasa Parti Komunis China Daerah Guanshanshu)
- Xi Mahu Guizhou Kekalkan Pembangunan Berkualiti Tinggi
- Xi Turun Padang, Lakukan Tinjauan di Guizhou
- Bunga Ceri Bermekaran di Guizhou
- Jambatan Tertinggi Dunia di Guizhou Hampir Siap
- 108 Pasukan Berentap Dalam Liga Super Kampung China 2025
- Guizhou, Tempat Pelajar dari Merata Dunia Asah Kemahiran Praktikal
- Wartawan Asing: Kebahagiaan di Komuniti Guiyang Sangat Tinggi
- Konsert Tepi Jalan Guiyang, Alunan Irama Hidup Bahagia
- Etnik Miao Raikan Festival Guzang dan Tahun Baharu Tradisional di Guizhou
- Guizhou Warna-warni, Jendela Media Asia Pasifik Intai Peluang di China