- Lain-lain
13 Syarikat Asing Terpilih Kendali Perkhidmatan Telekomunikasi Nilai Tambah di China
Sehingga akhir Februari 2025, terdapat lebih 2,400 syarikat telekomunikasi dana asing di China, dan angka itu meningkat kira-kira 30 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu.
Dalam pada itu, Kementerian Industri dan Teknologi Maklumat baru-baru ini meluluskan perkhidmatan telekomunikasi nilai tambah percubaan kepada 13 syarikat asing di Beijing, Shanghai, Hainan dan Shenzhen.
Perkhidmatan telekomunikasi nilai tambah adalah penggunaan infrastruktur rangkaian awam untuk menyediakan perkhidmatan telekomunikasi dan maklumat tambahan seperti pusat data internet, e-dagang dan perkhidmatan maklumat.
Syarikat induk yang terpilih dalam kumpulan pertama 13 syarikat tersebut kebanyakannya adalah syarikat multinasional yang terkenal di peringkat antarabangsa.
- China Terus Perkasa Paltform Terbuka, Stabilkan Pelaburan Asing
- Syarikat Antarabangsa Dialu-alukan Untuk Melabur di China
- China Rekodkan Lebih 1 Juta Buah Syarikat Pelabur Asing Hingga Akhir 2024
- China Umum Pelan Tindakan Untuk Menstabilkan Pelaburan Asing
- Benarkah Dakwaan Modal Asing Tinggalkan China secara Besar-besaran?
- China Buka Sepenuhnya Sektor Pembuatan kepada Pelabur Asing Bermula 1 Nov
- Lonjakan Baharu Pelaburan Dua Hala China Kondusif bagi Ekonomi Global
- WCIFIT ke-6 Buka Tirai di Chongqing
- China Konsisten Alu-alukan Pelaburan Asing
- Labur ke China Sama dengan Labur untuk Masa Hadapan