China Lengkapi Graduan Kolej Untuk Pasaran Kerja yang Berevolusi, Rapatkan Jurang Kemahiran

Seorang perekrut (tengah) memberi penerangan tentang keperluan kerja sebuah karnival kerjaya di Changsha, Provinsi Hunan, tengah China pada 11 Februari 2025. (Xinhua/Chen Sihan)

Seorang perekrut (tengah) memberi penerangan tentang keperluan kerja sebuah karnival kerjaya di Changsha, Provinsi Hunan, tengah China pada 11 Februari 2025. (Xinhua/Chen Sihan)

China kini sedang mempergiat usaha untuk melengkapkan siswa di kolej dengan kemahiran praktikal yang diperlukan dalam pasaran kerja yang sangat kompetitif dan kian berevolusi, lapor agensi berita Xinhua, pada Rabu.

Minggu lalu, kerajaan pusat telah membentangkan cadangan untuk memperbaik kebolehan pelajar kolej bagi menjamin mereka agar mendapat pekerjaan dalam bidang dengan permintaan bakat yang mendesak.

Menurut Xinhua, pelan tersebut adalah menubuhkan 1,000 program mikro yang merapatkan jurang kemahiran, dan 1,000 lagi kursus latihan vokasional di seluruh negara.

Difahamkan, pelan yang dikemukakan oleh Kementerian Pendidikan (MOE) itu secara amnya dikhususkan buat pelajar universiti, maktab rendah dan sekolah tinggi vokasional, dengan sasaran untuk pembangunan bakat dalam industri masa depan dan sektor baru muncul strategik seperti ekonomi beraltitud rendah, hijau dan digital.

Lapor Xinhua lagi, memfokuskan kepada bidang ekonomi yang menjadi trend, program mikro tersebut bersifat pendek dan kurikulum antara bidang. Kepelbagaian kursus pula adalah bergantung kepada kekuatan akademik di universiti masing-masing, yang merangkumi daripada sains kuantum kepada teknologi data raya kaji logam.

MOE dipetik Xinhua sebagai berkata bahawa inisiatif tersebut membolehkan pelajar mendepani isu jurang dalam kemahiran dan ilmu masing-masing, sekali gus menjadikan mereka mempunyai kebarangkalian yang lebih tinggi untuk diambil bekerja.

Lebih menarik, program tersebut juga diadakan sebelum musim graduasi tahun ini, dan juga merupakan susulan daripada penerimaan laporan kerja kerajaan semasa sesi ‘Lianghui’ pada awal bulan ini yang memberi penekanan terhadap kepentingan pengambilan kerja.

Data rasmi turut menunjukkan sebanyak 12.22 juta siswazah koleh dijangka untuk memasuki pasaran kerja pada 2025. Laporan kerja kerajaan juga telah menyatakan komitmen untuk memperluas pengambilan kerja dan saluran perniagaan pemula buat pelajar dan golongan muda lain.

Secara amnya, China menetapkan sasaran untuk kadar pengangguran bandar yang dikaji pada kadar sekitar 5.5 peratus pada tahun ini, selain turut menyasarkan untuk mencipta lebih 12 juta pekerjaan baharu di bandar.

Penyelidik di Akademi Kebangsaan Sains Pendidikan China, Chu Zhaohui menyifatkan program itu sebagai tambahan yang berharga buat pelajar dalam bidang-bidang berkaitan.

“Ia mampu memperkaya pengetahuan mereka (pelajar) dan menambah baik kemahiran, seterusnya meningkatkan prospek pengambilan kerja,” ujar beliau lagi.

Pada tahun-tahun mutakhir ini, universiti di China telah mula menawarkan peluang kepada pelajar untuk mengembangkan pengetahuan antara bidang, dan memperbaik kejuruteraan praktikal menerusi wasikah mikro yang berasaskan keperluang pembangunan kerjaya, minat dan bidang pengajian utama masing-masing.

Antaranya, Universiti Kuasa Elektrik Shanghai telah melancarkan program istimewa pada 2023 untuk memberikan latihan berkaitan kenderaan tenaga baharu buat golongan profesional antara bidang. Universiti itu telah berganding bahu dengan pembuat kenderaan Amerika Syarikat iaitu Tesla untuk membina pusat yang memfokuskan terdapat pembuatan dan integrasi pendidikan.

Yang Ning, profesor yang bertanggungjawab terhadap pembuatan dan integrasi pendidikan di universiti itu berkata bahawa kedua-dua profesor dan jurutera dari Tesla dan pembuat kendaeraan lain telah dipelawa untuk menyampaikan syarah kepada pelajar mikro utama.

“Para pelajar juga berpeluang untuk mengoperasikan mesin dan melawat kilang mega Tesla di Shanghai,” tambah beliau.

MOE juga telah mengarahkan pihak berkuasa tempatan dan universiti untuk mengumpul kertas cadangan projek daripada persatuan dan perusahaan yang memfokuskan kepada penggunaan AI, dengan tujuan untuk membantu universiti lebih sealiran dengan pembangunan bakat masing-masing dan perkhidmatan pengambilan kerja dengan permintaan bakat baharu.

Kementerian itu juga memberi jaminan untuk mewujudkan seksyen yang didedikasikan khas buat platfrom pendidikan kebangsaan pada tahun ini, bagi melancarkan dua ribu kursus tersebut secara berperingkat-peringkat.

Wakil di Kementerian Sumber Manusia dan Keseleamatan Sosial, Yun Donglain menegaskan bahawa pihaknya akan membantu perusahaan mikro, kecil dan sederhana dalam mengambil lebih banyak pekerja, menstabilkan kedudukan sektor awam dan meneruskan acara berkait pengambilan kerja.

Video

Berita Berkaitan