AS Lancar Serangan Udara di Sanna, Seorang Maut

(CRI)Isnin 24 Mac 2025

Serangan udara oleh tentera Amerika Syarikat (AS) terhadap Sanna, ibu negara Yaman pada malam Ahad menyebabkan seorang maut dan 13 lagi cedera, menurut kumpulan bersenjata Houthi.

Tentera AS turut melancarkan beberapa pusingan serangan udara terhadap wilayah Saada bermula malam Ahad hingga pagi Isnin.

Lebih 100 kematian dan kecederaan dilaporkan akibat operasi ketenteraan besar-besaran yang dilancarkan AS ke atas kumpulan bersenjata Houthi sejak 15 Mac.

Video

Berita Berkaitan