Naib PM Bertemu Pemimpin Asing Sempena BFA (2)

(CRI)Khamis 27 Mac 2025
Naib PM Bertemu Pemimpin Asing Sempena BFA

Naib Perdana Menteri China Ding Xuexiang pada Rabu bertemu pemimpin asing yang berada di provinsi Hainan untuk menghadiri sidang tahunan Forum Asia Boao (BFA).

Dalam pertemuan bersama Timbalan Presiden Negeri-Negeri Bersekutu Micronesia (FSM) Aren Palik, Ding berkata dua negara harus memperkukuh kesalingpercayaan politik serta saling menyokong kepentingan teras dan keprihatinan utama satu sama lain.

China dan Micronesia juga hendaklah meluaskan kerjasama dalam bidang seperti perdagangan, pelaburan, infrastruktur dan ekonomi marin, selain berganding bahu mengatasi perubahan iklim.

Palik menegaskan pihaknya berpegang teguh kepada prinsip satu China dan menyokong pendirian China dalam isu-isu berkaitan kepentingan teras, di samping sedia memperkasa kerjasama dalam pelbagai bidang.

Semasa bertemu Timbalan Perdana Menteri Pertama Mongolia Luvsannyam Gantumu, Ding menyatakan China bersedia bersama Mongolia memperluas kerjasama melibatkan tenaga, teknologi canggih dan pembangunan hijau sekali gus memantapkan lagi hubungan bilateral.

Gantumu pula berkata pihaknya ingin memperkasa kerjasama dengan China dalam bidang kesalinghubungan, sumber mineral, teknologi tinggi dan lain-lain demi manfaat rakyat kedua-dua negara.

Video

Berita Berkaitan