Kertas Putih Kemajuan Hak Asasi di Xizang Disiar

(CRI)Jumaat 28 Mac 2025

Kertas putih mengenai kemajuan hak asasi manusia di Xizang dalam era baharu disiarkan oleh Pejabat Penerangan Dewan Negara pada Jumaat.

Menurut kertas putih itu, Parti Komunis China (PKC) dan kerajaan melaksanakan langkah berkesan untuk mengembangkan ekonomi, menambah baik kesejahteraan rakyat, mengukuhkan perpaduan etnik serta menjamin sepenuhnya hak dan kepentingan rakyat pelbagai etnik di wilayah Xizang.

Jawatankuasa Pusat PKC yang berteraskan Xi Jinping meletakkan jaminan hak asasi sebagai komponen penting dalam kerja pentadbiran di Xizang pada era baharu, mengamalkan konsep hak asasi yang berpaksikan rakyat serta memperkasa hak asasi menerusi pembangunan.

Selain itu, usaha juga dipergiat dalam mendorong demokrasi rakyat seluruh proses, memperkukuh jaminan hak asasi berdasarkan undang-undang dan menggalakkan kemakmuran bersama rakyat semua etnik bagi memacu pembangunan hak asasi di Xizang secara menyeluruh.

Video

Berita Berkaitan