- Lain-lain
Cadangan China untuk Cipta Masa Depan Asia Lebih Indah
Di tengah-tengah zaman sekarang ini yang penuh dengan ketidakstabilan dan ketidaktentuan di peringkat global, pelbagai pihak perlu bekerjasama untuk membina komuniti berkongsi nasib sesama insan, menghadapi cabaran dan membina Asia sebagai rumah untuk kita semua, sekali gus mewujudkan masa depan yang lebih indah untuk Asia bahkan dunia.
Demikian kata ahli Jawatankuasa Tetap Biro Politik Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China yang juga Naib Perdana Menteri, Ding Xuexiang dalam ucaptamanya ketika menghadiri majlis perasmian persidangan tahunan Forum Boao untuk Asia (BFA) 2025 yang diadakan di pekan Boao, provinsi Hainan pada pagi Khamis.
Ding Xuexiang menyatakan bahawa tahun ini menandakan ulang tahun kesepuluh konsep pembinaan komuniti berkongsi nasib untuk Asia yang dikemukakan Presiden China Xi Jinping.
“Dengan usaha bersama pelbagai pihak, hasil yang signifikan dapat disaksikan dalam pembinaan komuniti berkongsi nasib untuk Asia, yang boleh dilihat sebagai sumbangan penting bagi pembangunan bersama di dunia," kata beliau.
Dalam ucapannya, Ding turut membentangkan empat cadangan untuk terus memperjuangkan usaha tersebut.
Pertama, terus memupuk rasa saling percaya serta mengukuhkan kerjasama dan perpaduan demi menggerakkan tadbir urus global berkembang ke arah yang lebih saksama dan rasional.
Kedua, menggalakkan globalisasi ekonomi melalui peningkatan tahap keterbukaan dan kelancaran, terutama mendorong integrasi dan kesalinghubungan ekonomi serantau.
Ketiga, berpandukan Inisiatif Pembangunan Global memacu pembangunan demi kemakmuran bersama yang boleh membawa situasi sama menang.
Dan keempat, memelihara kestabilan dan keamanan dengan memegang kepada prinsip hidup bersama secara damai demi keselamatan bersama pelbagai negara.
Ding juga mengalu-alukan perusahaan dari seluruh dunia untuk melabur di China, mengambil bahagian secara aktif dalam proses pemodenan di negara ini, dan berkongsi peluang yang dibawa pembangunan China.
Turut hadir dan berucap pada majlis perasmian tersebut, Pengerusi BFA Ban Ki-moon, Perdana Menteri Laos Sonexay Siphandone, Ketua Penasihat kepada Kerajaan Sementara Bangladesh Muhammad Yunus, dan perwakilan dari sektor korporat.
- BFA: Mantan PM Finland Puji Sasaran Pertumbuhan China
- Naib PM Bertemu Pemimpin Asing Sempena BFA
- Asia Penggerak dan Pestabil bagi Pertumbuhan Ekonomi Global
- BFA Semakin Berpengaruh
- Sidang Tahunan BFA Bermula
- Pusat Media BFA Dirasmikan
- Ding Xuexiang Dijadual Hadiri Sidang Tahunan BFA
- Sidang Tahunan Forum Boao akan Diadakan pada Mac
- Mesyuarat Meja Bulat BFA Bincang Kaedah Tangani Cabaran Global
- Forum Boao untuk Asia 2024 Ditutup Hari Ini