Tarif AS Cetus Kebimbangan Pemain Industri Auto Eropah

(CRI)Jumaat 28 Mac 2025

Keputusan Amerika Syarikat (AS) untuk mengenakan tarif sebanyak 25 peratus terhadap kenderaan import mencetuskan kebimbangan pemain industri automotif di Eropah.

Presiden Persatuan Pengeluar Automobil Eropah (ACEA) Ola Kallenius berkata rantaian bekalan automotif rentas Atlantik adalah saling berkait rapat, sekali gus mendukung ribuan perusahaan serta peluang pekerjaan di Eropah dan Amerika Utara.

Menurut beliau, pelaksanaan tarif bersifat perlindungan kemungkinan akan menjejaskan perkongsian yang terjalin sejak sekian lama, mengganggu aliran komoditi dan menambah kos pengeluaran sehingga mengakibatkan kenaikan harga kenderaan.

Ola turut menyelar kelakuan salah AS akan membawa kerugian kepada semua pihak, termasuk negara itu sendiri.

Video

Berita Berkaitan