- Lain-lain
Usaha Pemuliharaan Saksi Rusa Jepun Membiak Baik di Jiangxi
Rizab Alam Semula Jadi Kebangsaan Rusa Jepun Taohongling di kaunti Pengze, Provinsi Jiangxi di timur China telah menyaksikan pertambahan populasi rusa jepun susulan daripada usaha pemuliharaan oleh pihak rizab dan penduduk tempatan.
Para petugas di stesen pelindungan Shangshiling telah bertanggungjawab terhadap pengawasan rusa jepun itu, iaitu subspesies di selatan China yang berada di bawah perlindungan kebangsaan kelas pertama. Biro pentadbiran rizab itu dan juga penduduk kampung tempatan telah bertambah kepada 670 ekor.
Foto memaparkan rusa jepun liar di Rizab Alam Semula Jadi Kebangsaan Rusa Jepun Taohongling di kaunti Pengze, Provinsi Jiangxi di timur China. (Foto ihsan Rizab Alam Semula Jadi Kebangsaan Rusa Jepun Taohongling)
Difahamkan, usaha pemuliharaan telah bermula sejak 1980, iaitu apabila rusa itu ditemui di Taohongling. Pada tahun seterusnya, rizab alam semula jadi bertaraf provinsi telah dibangunkan, dan dinaik taraf kepada status kebangsaan pada tahun 2001.
Liu Xiaohong, 56, pengarah stesen pengawasan ekokologi rizab itu yang telah bekerja selama 36 tahun menceritakan bahawa stesen pengawasan dahulunya berada di atas gunung, kekurangan bekalan elektrik, air dan akses jalan.
Katanya, setiap peronda akan perlu mendaki lebih daripada 10 kilometer melalui laluan gunung, dengan setiap pusingan pergi balik memakan masa sekitar empat hingga lima jam.
“Kesedaran awam terhadap pemuliharaan ekologi telah meningkat secara signifikan, manakala pemburuan haram tidak lagi didapati,” ujar Liu yang kini memfokuskan terhadap pengawasan ekologi.
Kongsinya, selain mengawasi persekitaran dan mengawal hutan daripada kebakaran, peronda juga mengambil foto sebarang hidupan liar yang dijumpai.
“Selain itu, kami juga membina platform pengawasan pintar untuk masa nyata, analisis dan pengawasan komprehensif,” ujar Dai Jie, timbalan pengarah biro pentadbiran rizab tersebut.
Menurut laporan, rizab itu telah menempatkan lebih 280 kamera infra merah dengan strategik dan juga 39 kamera pengawasan masa nyata, sekali gus memberikan sokongan data penting untuk melindungan rusa tersebut serta haiwan liar lain.
Mengikut tinjauan pada November 2024, populasi rusa jepun itu telah bertambah daripada kurang 60 ekor kepada lebih daripada 670 ekor setelah melalui usaha pemuliharaan lebih 40 tahun.
Jelas Liu, rizab tersebut telah membina lebih daripada 10 koridor haiwan liar di sepanjang bumbung gunung khusus untuk rusa itu dan haiwan liar yang lain.
Untuk membekalkan mikronutrien seperti sodium, ferum dan zink, rizab tersebut telah membina 29 tapak garam, serta enam tapak air bagi memastikan air yang mencukupi ketika tempoh kering.
Seorang lagi timbalan pengarah biro itu, Ying Xia berkata rizab tersebut telah memulakan pemulihan habitat pada 2002 untuk menyediakan lebih banyak ruang buat rusa. Tambahnya, pihak rizab juga bekerjasama dengan institusi penyelidikan untuk mempelajari dan mengawasi kawasan hidupan liar itu.
Foto memperlihatkan Rizab Alam Semula Jadi Kebangsaan Rusa Jepun Taohongling di kaunti Pengze, Provinsi Jiangxi di timur China. (Foto ihsan pusat media gabungan Jepun kaunti Pengze)
Sejak 2022, rizab tersebut telah menyediakan insurans kepada tanaman yang dirosakkan oleh hidupan liar secara tahunan, dengan 143 kampung menerima pampasan pada tahun lalu.
- Rizab Alam Semula Jadi untuk Burung Jenjang Leher Hitam Dipelihara Baik di Yunnan
- Langit Biru, Air Bersih: Komitmen China Terhadap Pembangunan Hijau
- Pelaksanaan Program Mitigasi Hakisan Tanah di China Holistik
- China Pendahulu Kapasiti Kawasan Tadahan Karbon untuk Hutan dan Padang Rumput
- Hari Ekologi Kebangsaan: Sekilas Pandang Panorama Alam Bak Lukisan China Nan Indah
- Penanaman Hutan China Tambah Baik Ekologi, Tingkatkan Pendapatan Penduduk
- Paus yang Diselamatkan di Selatan China Pulang ke Habitat
- Tapak Warisan Dunia UNESCO Jiuzhaigou Pulih Selepas Gempa Bumi
- Berjuang Lawan Penggurunan di Ningxia
- Rumah Burung di Menara Elektrik Chongqing