Latihan PLA Amaran terhadap Provokasi Kem Lai Ching-te

(CRI)Selasa 01 April 2025

Latihan di perairan sekitar pulau Taiwan yang dilancarkan Komando Teater Timur Tentera Pembebasan Rakyat China (PLA) bertujuan menghukum pihak berkuasa Taiwan yang diketuai Lai Ching-te yang bersekongkol menyasarkan “kemerdekaan Taiwan”, dan merupakan amaran serius kepada kelompok pembelot yang sengaja menjejaskan keamanan Selat Taiwan serta langkah sepatutnya untuk memelihara kedaulatan negara dan keutuhan wilayah.

Demikian dinyatakan jurucakap Pejabat Hal Ehwal Taiwan Dewan Negara China, Zhu Fenglian hari ini.

Zhu menyatakan bahawa pihaknya sama sekali tidak kompromi kepada gerak-geri Lai Ching-te yang degil mengekalkan pendirian pemisahan yang menyasarkan “kemerdekaan Taiwan”, yang sudah dilabelkan sebagai "perosak kedamaian antara Tanah Besar dengan Taiwan" serta "pencetus krisis Selat Taiwan". Apa yang dilakukannya mesti mendapat hukuman yang tegas.

Zhu menyatakan bahawa tiada sesiapa atau mana-mana pihak dibenarkan memisahkan Taiwan dari China, dan tiada ruang akan diberikan kepada sebarang aktiviti pemisahan yang bersekongkol menyasarkan "kemerdekaan Taiwan" dalam apa jua cara.

Zhu menekankan bahawa penduduk Taiwan diharap berusaha bersama dengan penduduk Tanah Besar menentang gerak-geri kelompok pembelot dan campur tangan dari kuasa luar, bertekad menjaga kesatuan tanah air, dan bersama-sama mencipta masa depan indah dalam landskap negara yang bersatu dan bangsa membangkit.

Video

Berita Berkaitan