- Lain-lain
Bekas Ketua IEA: China Mampu Mainkan Peranan Penting Dalam Usaha Pendekarbonan Global
Nota: Artikel terbitan Global Times ini diterjemah dan disunting semula oleh People’s Daily Online
Pemandangan ladang angin di Tongren, Provinsi Guizhou. (People's Daily Online/Chen Xiahua)
China kini berada dalam kedudukan yang sangat menguntungkan dalam teknologi tenaga baharu seperti produk boleh dibaharui, bateri dan kenderaan elekrik (EV).
Demikian ujar mantan pengarah eksekutif Agensi Tenaga Antarabangsa (IEA), Nobua Tanaka ketika diwawancara oleh Global Times semasa berlangsungnya Sidang Kemuncak Forum Boao untuk Asia (BFA) 2025 di Provinsi Hainan, selatan China baru-baru ini.
Dalam kesempatan itu, beliau turut mengkritik tindakan bersifat fahaman perlindungan yang dilakukan oleh sebilangan negara Barat terhadap produk tenaga baharu China, dengan menyatakan bahawa tindakan seperti itu mampu meningkatkan kos pendekarbonan di Amerika Syarikat (AS) dan Eropah.
Fokus terhadap kerjasama
Ujar Tanaka, meskipun dalam suasana yang menyaksikan fahaman perlindungan semakin berleluasa, trend global terhadap pembangunan hijau akan berterusan, selain turut terdapat potensi untuk kerjasama.
Beliau juga menyeru agar Jepun dan Korea Selatan untuk bekerjasama dengan China dalam pembangunan rantai bekalan hijau untuk hidrogen, selain mengembangkan penggunaan tenaga boleh baharu di ketiga-tiga negara.
“Setiap negara sedang membuat kajian terhadap bidang seperti produk boleh dibaharui, bateri dan kenderaan elektrik. China tentunya ke hadapan dalam kesemua bidang tersebut dan berada dalam kedudukan yang sangat menguntungkan.
“Justeru, saya berpendapat baharu Jepun dan Korea Selatan harus duduk bersama dan bekerja rapat dengan China, seterusnya mendapat manfaat daripada kerjasama tersebut,” kata Tanaka.
Semasa Mesyuarat Menteri-menteri Perdagangan dan Ekonomi Tiga Hala China-Jepun-Korea Selatan yang ke-13 pada Ahad, jabatan perdagangan dan ekonomi ketiga-tiga negara bersetuju untuk berbincang dalam mempercepat perbincangan terhadap perjanjian perdagangan bebas tiga hala, memperkukuh kerjasama rantai bekalan dan dialog untuk kawalan eksport, memperdalam ekonomi hijau dan digital, menambah baik kerjasama tempatan, dan bersama-sama memupuk suasana yang harmoni untuk kolaborasi perniagaan.
Menurut bekas ketua IEA itu lagi, di sebalik kerjasama serantau, China juga boleh berperanan penting terhadap kerjasama global.
Jelas beliau, China – dengan kemajuan dalam amalan dan teknologi pendekarbonan – boleh memainkan peranan pentingnya dalam menetapkan nilai karbon, dan China juga berada pada kedudukan kuat untuk mengetuai perbincangan dengan Eropah dalam bidang tersebut.
Memetik laporan IEA, China merupakan pendahulu dalam pelbagai aspek pembangunan hijau, dan ia bakal memperkukuh kedudukan sebagai pendahulu produk boleh baharu global, yang meliputi 60 peratus daripada pengembangan kapasiti global sehingga 2030.
Dalam laporan IEA berhubung tenaga boleh baharu untuk 2024 itu lagi, ia juga menyatakan bahawa sejak 2020, kapasiti PV solar kumulatif China telah mencapai hampir empat kali ganda, dan kapasiti angin pula sebanyak dua kali ganda – didorong oleh harga yang bersaingan serta dasar-dasar sokongan.
Tanaka berkata, tatkala fahaman perlindungan dan pertikaian perdagangan semakin meruncing, usaha serius China terhadap pendekarbonan dan pembangunan teknologi masih berada pada landasan yang benar.
Fahaman perlindungan menaik
Nobuo Tanaka (GT/Yin Yeping)
Kedua-dua AS dan EU telah mengenakan tarif berat buat produk tenaga baharu China. Pada September 2024, AS telah mengenakan 100 peratus tarif ke atas EV China. Pada Disember lalu pula, AS mengumumkan pelan untuk meningkatkan tarif ke atas wafer solar, polisilikon, dan beberapa produk tungsten China, lapor Assoicated Press.
Pada tahun ini pula, pihak pentadbiran AS telah mengenakan 20 peratus terhadap semua produk import China, di samping dengan tarif-tarif lain.
Sementara itu, pada penghujung Oktober 2024, EU pula mengenakan tarif terhadap EV. Dua bulan selepas itu, seorang wakil perdagangan EU memaklumkan bahawa blok tersebut berkemungkinan menyasarkan turbin angin China di dalam ‘siasatan’ yang seterusnya.
Menurut Tanaka, tindakan untuk menyekat EV, bateri atau sel solar China yang berkualiti tinggi dan murah adalah merugikan, dan akan menjadikan kos pendekarbonan di AS atau Eropah meningkat secara mendadak.
Mengulas mengenai impak keputusan terkini AS berhubung tarif 25 peratus terhadap semua kereta dan barangan auto, beliau berkata bahawa pengguna AS yang bakal tertekan.
Tanaka juga percaya bahawa transformasi tenaga didorong oleh permintaan berbanding bekalan. Beliau berkata, tatkala dasar fahaman perlindungan di bawah pentadbiran AS baharu akan memperlahankan keadaan, arah tuju terhadap transformasi hijau berkemungkinan untuk terus berkekalan.
China sering mengulangi seruan ke arah perbincangan dan dialog dalam usaha mengatasi pertikaian perdagangan, dan secara keras menolak fahaman perlindungan daripada AS dan EU.
Jurucakap Kementerian Luar China, Guo Jiakun turut mengkritik keputusan AS terhadap tarif 25 peratus buat semua kereta yang dibuat di luar negara. Katanya perang tarif dan perdagangan tidak mempunyai pemenang, dan tiada negara di dunia yang berkembang maju menerusi tindakan mengenakan tarif.
“Levi AS melanggar peraturan WTO, menjejaskan sistem perdagangan pelbagai hala berasaskan peraturan, menjejaskan kepentingan bersama rakyat dari semua negara dan tidak akan membantu menangani masalah AS sendiri,” kata Guo.
Di sebalik fahaman perlindungan daripada AS dan EU, produk tenaga baharu China, termasuk EV, terus mendapat populariti di pasaran global, dengan banyak negara mengintai kerjasama yang lebih erat dengan China.
Dalam temu bual baru-baru ini juga di luar Persidangan Tahunan BFA di Hainan, Duta Besar New Zealand ke China, Jonathan Austin memberitahu Global Times bahawa negaranya telah mendapat banyak manfaat daripada peningkatan China, terutamanya dalam teknologi, dengan menyatakan bahawa EV China adalah “sesuatu yang kami sangat gembira untuk dimiliki”.
"Perkara yang menarik tentang hubungan ekonomi antara New Zealand dan China ialah ia sangat saling melengkapi," kata Austin sambil menambah bahawa New Zealand mengeksport banyak makanan dan minuman berkualiti tinggi ke China, dan sebagai balasan, negara itu mengimport barangan perkilangan dari China.
- China, Laos Saling Hantar Kuasa Bersih
- Media Indonesia: China Terajui Revolusi TBB Sejagat
- Urumqi Sediakan Kemudahan Pengecas Buat Pengguna NEV
- China Wartakan Garis Panduan Pergiatkan Penggunaan TBB
- 34 Negara Jadi Anggota kepada Perkongsian Kerjasama Sumber Tenaga BRI
- Realisasi Peralihan Tenaga Perlukan Sinergi Semua: MFA
- China Wujud Rantaian Tenaga Baharu Paling Lengkap
- Bas Tenaga Baharu China Beroperasi di Garisan Artik
- China Negara Peneraju Sektor Tenaga Hijau
- TBB Sumbang 50 Peratus Kapasiti Janakuasa di China