Pertumbuhan Pesat AI di China Saksi Ledakan Dalam Pengambilan Kerja

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Selasa 01 April 2025

Orang ramai menyertai pameran kerjaya di Shanghai pada 14 Februari 2025. (Xinhua/Liu Ying)

Orang ramai menyertai pameran kerjaya di Shanghai pada 14 Februari 2025. (Xinhua/Liu Ying)

Rentetan daripada permintaan yang melebihi bekalan dalam bidang kecerdasan buatan (AI), graduan kolej kini menerokai dalam kemahiran AI, yang disifatkan sebagai mampu menjadi kunci kepada kejayaan.

Di sebuah pameran kerjaya di Provinsi Guangdong baru-baru ini, sebuah syarikat yang khusus dalam penyelidikan dan pembangunan antara muka komputer-otak seakan-akan menyaksikan cita-cita tersebut sebagai jelas menjadi kenyataan.

Syarikat itu telah menzahirkan keinginan yang kuat untuk membuat pengambilan kerja buat jurutera algoritma, sambil menyatakan ‘tiada had dalam pengambilan kerja’!

“Kami menawarkan rumah pangsapuri dua bilik tidur percuma dan gaji tahunan dalam lingkungan RMB400,000 ke RMB700,000,” ujar Zheng Hui, pemilik syarikat pemula NeuroDance.

Dengan misi China yang mengutamakan pengambilan kerja bagi lepasan universiti, peluang pekerjaan dalam bidang baru muncul seperti AI dan robotik kekal kritikal dalam kekurangan bekalan.

Menurut data rasmi, 12.22 juta siswazah dijangka akan memasuki pasaran kerja pada 2025. Laporan kerja kerajaan pada tahun ini turut berikrar untuk mengembangkan pengambilan kerja dan peluang pemula perniagaan buat pelajar dan golongan muda yang lain.

Pada pameran kerjaya yang melabuhkan tirainya pada Isnin itu, peluang pekerjaan terkait AI dalam bidang elektronik, IT dan pembuatan termaju dilihat muncul sebagai antara yang mendapat permintaan tinggi.

Firma teknologi seperti BYD, Pony.ai dan UBTECH secara aktif mengambil pekerja baharu seperti jurutera algoritma pemanduan autonomi dan jurutera R&D enjin AI, sekali gus mencuri tumpuan yang besar dalam pencari kerja.

Pelajar di Universiti Teknikal Munich, Liu Silei yang pulang ke China untuk acara pameran kerjaya itu berkata bahawa ledakan AI di China telah membuka peluang pekerjaan yang banyak.

Di pameran kerjaya yang sama diadakan di Hangzhou baru-baru ini, sebanyak 830 syarikat telah menawarkan 21,000 peluang kerja, dengan separuh daripadanya berkaitan dengan model besar dan algoritma AI.

Firma China, Unitree Robotics telah membuka 10 pekerjaan berkaitan AI, dengan gaji bulanan mencecah sehingga RMB70,000, sekali gus memperlihatkan peluang lumayan yang muncul dalam sektor ini.

“Pertumbuhan pesat DeepSeek memacu integrasi AI merentas sektor, dan persaingan yang semakin sengit untuk profesional AI mendorong syarikat untuk meningkatkan gaji,” kata Li Qiang, naib presiden eksekutif Zhaopin, platform pengambilan dalam talian di China.

Data daripada platform itu menunjukkan bahawa tawaran kerja untuk jurutera algoritma dan peranan pembelajaran mesin pada bulan Februari meningkat sebanyak 46.8 peratus dan 40.1 peratus tahun ke tahun, dengan purata gaji bulanan melebihi RMB20,000 yuan.

Memetik laporan penyedia perkhidmatan mencari pekerjaan China iaitu Liepin, kekurangan bakat AI semakin meruncing pada Q1 2025, dengan permintaan mengatasi bekalan dengan nisbah 3:1.

Menurut Zhaopin lagi, permintaan untuk pendidikan AI dan pembangunan bakat juga meningkat. Pembukaan pekerjaan untuk jurulatih AI selepas Tahun Baharu Cina tahun ini melonjak sebanyak 112 peratus, dengan jawatan menawarkan gaji bulanan lebih RMB15,000.

"Keperluan paling mendesak ialah saintis asas dan pakar rentas disiplin," kata Wang Liang, seorang penyelidik dari Institut Automasi di bawah Akademi Sains China.

"Ia adalah penting untuk memajukan pembangunan cip AI buatan sendiri dan algoritma asal sambil mempercepatkan penggunaan AI merentas industri."

Fenomena DeepSeek telah mencetuskan perlumbaan AI dalam kalangan gergasi teknologi China, termasuk Alibaba dan Tencent.

Pada masa sama, model mereka diterima pakai dengan pantas merentas perkhidmatan kerajaan, pembuatan, penjagaan kesihatan, barangan pengguna dan pengurusan bandar, secara tidak langsung mewujudkan permintaan yang tidak pernah berlaku sebelum ini untuk ahli profesional yang boleh menggabungkan kepakaran AI dengan pengetahuan khusus industri.

AI hanya menjadi jurusan sarjana muda rasmi di China pada 2019. Pada masa ini, kebanyakan profesional AI beralih daripada latar belakang dalam sains komputer, kejuruteraan perisian, elektronik atau kejuruteraan mekanikal, yang memerlukan asas yang kukuh dalam algebra linear lanjutan, teori kebarangkalian, statistik dan kemahiran pengaturcaraan.

Sistem pendidikan tinggi China telah memperkenalkan program AI ke lebih daripada 500 universiti, menjadikan ia antara salah satu bidang paling pantas berkembang dalam sejarahnya.

Universiti terkemuka seperti Tsinghua, Wuhan dan Shanghai Jiao Tong telah mengemukakan pelan untuk mengembangkan lagi pengambilan pelajar dalam AI untuk memenuhi permintaan yang semakin meningkat.

Video

Berita Berkaitan