- Lain-lain
Klinik Jelajah Kendalian Pasukan Perubatan China di Mandalay
![]() |
Klinik jelajah kendalian bersama pelbagai kuasa penyelamat China termasuk Pasukan Penyelamat Antarabangsa China yang dikerahkan pihak tentera, Pasukan Penyelamat China dan Pasukan Penyelamat Amal Shenzhen, mula beroperasi di bandar Mandalay, Myanmar semalam.
Perkhidmatan perubatan melibatkan 14 bidang klinikal seperti internis, pembedahan, ginekologi dan pediatrik tersedia di pusat penempatan berhampiran Universiti Perubatan Mandalay, dengan ditanggungjawab oleh 16 orang doktor China yang mampu menggunakan peralatan diagnostik mudah alih seperti mesin ECG katil, ultrasound pegang dan mesin X-ray. Setakat ini, seramai lebih 250 orang mangsa bencana telah menerima rawatan yang disediakan anggota pasukan tersebut.
Pada masa yang sama, para doktor juga telah mengagihkan ubat-ubatan seperti anti-jangkitan, antispasmodik & anti-asma, analgesik dan ubat tekanan darah tinggi kepada penduduk tempatan, dan memberi penerangan kepada mereka tentang penyakit pernafasan dan penyakit kulit yang kerap berlaku dalam cuaca panas di kawasan bencana, serta masalah gangguan ubat kronik seperti hipertensi dan gula dalam darah tinggi.
Selain itu, pembudayaan mengenai pencegahan penyakit juga dijadikan sebahagian dalam aktiviti amal tersebut.
![]() |
![]() |