Hubungan Kukuh China-ASEAN Tafsir Konsep Diplomasi Kejiranan

(CRI)Rabu 09 April 2025

Hubungan dialog China-ASEAN yang terjalin sejak lebih tiga dekad lalu menyaksikan kerjasama dua hala terus berkembang mantap sehingga menjadi satu model kolaborasi yang paling dinamik dan berhasil di rantau Asia Pasifik bahkan dunia.

Demikian dinyatakan jurucakap Kementerian Luar China Lin Jian dalam sidang media pada Selasa, susulan sebuah kumpulan pemikir dalam artikelnya menyebut bahawa China dan ASEAN sedang bangkit sebagai pusat berpengaruh yang baharu di Asia Timur.

Lin berkata China dan ASEAN merupakan rakan dagang terbesar bagi satu sama lain selama lima tahun berturut-turut, dengan jumlah dagangan dicatat sebanyak 6.99 trilion yuan (RM4.28 trilion) pada 2024.

Sementara itu, Protokol Kawasan Perdagangan Bebas China-ASEAN (CAFTA) 3.0 dijangka akan dimeterai pada tahun ini.

Beliau menyifatkan kekukuhan hubungan kedua-dua pihak sebagai tafsiran kepada konsep diplomasi kejiranan berpandukan prinsip mesra, ikhlas, saling untung dan inklusif yang diamalkan China.

Rasa saling percaya dalam bidang politik serta penumpuan kepentingan antara China dengan negara jiran terus meningkat, tambah beliau.

Video

Berita Berkaitan