Keakraban dan Persaudaraan: Rasai Aura Persahabatan di Bekas Kediaman Rasmi Ho Chi Minh

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Isnin 14 April 2025

Tatkala melewati Dataran Ba Dinh di Hanoi di Vietnam, seseorang pasti akan tertumpu kepada Istana Presiden. Namun, video ini akan membawa anda melawat lokasi yang lebih tersorok di dataran itu, iaitu rumah bertiang biasa yang terletak bersebelahan dengan istana itu.

Pada 13 November 2017, rumah bertiang biasa itu menjadi saksi kepada penyerahan hadiah rasmi negara Presiden China, Xi Jinping kepada Nguyen Phu Trong dalam bentuk 19 terbitan akhbar People’s Daily.

Salah satu daripada terbitan itu terkandung ucapan oleh Ho Chi Minh pada muka depannya iaitu, ‘Tiada keraguan bahawa persahabatan dan hubungan rapat antara rakyat kedua-dua negara adalah kekal dan utuh, serta tidak boleh dipandang enteng atau diganggu oleh sesiapa’.

Xi turut beberapa kali memetik ucapan-ucapan terkenal oleh bekas mantan Presiden Vietnam itu pada beberapa acara, yang menandakan hubungan China-Vietnam sebagai ‘keakraban dan persaudaraan’.

Bersiar-siar sekitar hadapan rumah bertiang itu, anda pastinya akan dapat merasai aura ikatan kuat antara kedua-dua negara.

China telah komited dalam mempromosi pembinaan komuniti berkongsi masa depan dengan negara-negara jiran. Tempat istimewa ini akan terus menjadi saksi kepada pencapaian-pencapaian baharu dalam babak seterusnya hubungan persahabatan China-Vietnam dalam era baharu.

Video

Berita Berkaitan