- Lain-lain
“Kisah Tinta Klasik Pilihan Xi Jinping” Cerminan Komitmen China Kepada Dunia
Tayangan program “Kisah Tinta Klasik Pilihan Xi Jinping” yang disiarkan di media arus perdana di Malaysia bermula hari ini, mencerminkan komitmen China kepada dunia khususnya berkaitan kepentingan pemeliharaan alam sekitar, khazanah budaya serta visi komuniti berkongsi nasib sesama insan yang menjadi teras kepada falsafah pentadbiran Presiden China, Xi Jinping.
Program berkenaan juga memberi pendedahan kepada penonton di Malaysia mengenai usaha yang dilakukan kerajaan China dalam melindungi ekologi alam sekitar, sejarah dan budaya serta mempromosikan pembangunan mampan melalui penyelidikan dan kajian. Ini juga termasuk penglibatan komuniti tempatan dalam pelbagai inisiatif yang diperkenalkan pentadbiran Beijing.
Penganalisis Politik dan Media Sosial Universiti Teknologi MARA (UiTM), Prof Madya Dr Sara Chinnasamy berkata program “Kisah Tinta Klasik Pilihan Xi Jinping” mengandungi pelbagai mesej yang mampu memberi contoh kepada Malaysia dan dunia dalam memberi tumpuan kepada usaha memelihara alam sekitar dan khazanah budaya.
Ujarnya, komitmen China dalam menangani perubahan iklim juga dapat dilihat melalui tayangan program berkenaan sekali gus mampu memberi idea mahupun inspirasi kepada pihak berwajib di Malaysia menangani isu-isu berkaitan secara tuntas.
"Malaysia boleh memanfaatkan langkah dan usaha yang dilakukan China dalam menangani isu perubahan iklim serta usaha memelihara khazanah budaya termasuk melakukan kajian di peringkat tertinggi serta mendapatkan bimbingan dari negara Tembok Besar, katanya.
“Ini secara langsung membolehkan Malaysia termasuk negara-negara anggota ASEAN melaksanakan peranan yang sama seperti yang dilakukan China dalam menangani risiko alam sekitar yang boleh mengancam dunia," ujar beliau.
Prof Madya Dr Sara juga mencadangkan agar diwujudkan Pusat Media Serantau ASEAN–China yang berupaya menangkis penyebaran berita palsu serta menyelaraskan setiap laporan media asing bagi mengelakkan manipulasi oleh pihak tidak bertanggungjawab.
“Cadangan Pusat Media Serantau ASEAN- China ini juga bertepatan dengan peranan Malaysia sebagai pengerusi bagi blok serantau itu yang dilihat dapat memperkukuhkan penyampaian dan perkongsian maklumat antara negara anggota ASEAN dengan China”, katanya.
Bahkan, Prof Madya Dr Sara turut berpandangan bahawa pusat berkenaan berpotensi dalam mengkaji dasar dan polisi yang dilaksanakan China seperti yang dipaparkan dalam program “Kisah Tinta Klasik Pilihan Xi Jinping” seiring dengan visi komuniti berkongsi nasib sesama insan.
- Program 'Kisah Tinta Klasik Pilihan Xi Jinping' Bersiaran di Malaysia Mulai Isnin
- Petikan Wacana Xi Jinping Mengenai Modenisasi Ala China Versi Bahasa Sepanyol Diterbitkan
- Xi Temu Wakil Komuniti Perniagaan Antarabangsa
- Program 'Kupasan Bersiri Pemikiran Ekonomi Xi Jinping' Bersiaran Malam Ini
- Buku "Petikan Terpilih Xi Jinping mengenai Pengukuhan Cara Kerja PKC" Diterbitkan
- Naskhah Berkait Usaha Xi Jinping Dalam Ekonomi Diterbitkan
- Simposium Buku "Pemikiran Penting Xi Jinping Mengenai Pembinaan Parti" Berlangsung di Beijing
- Buku "Memahami Falsafah Pendidikan Xi Jinping" Diterbitkan Dalam 4 Lagi Bahasa Asing
- Artikel Xi Mengenai Ikatan, Pendidikan, Nilai dan Tradisi Keluarga Diterbitkan
- Ucapan Presiden Xi Mendapat Sambutan Hangat Rakyat